NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal calonkan Anwar sebagai PM, pembangkang kumpul nama mereka yang menentang Muhyiddin

Rancangan pemimpin PKR untuk mengangkat ketua mereka, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong terpaksa dibatalkan selepas gagal menunjukkan blok pembangkang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen. Demikian menurut portal MalaysiaNow.

Seorang pemimpin kanan PKR berkata dengan syarat tidak dinamakan, sebaliknya dipersetujui mereka hanya akan memberi tumpuan kepada ahli Parlimen yang menentang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Memanglah ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong perdana menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang.


“Tetapi kami berpandangan sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat Umno kepada Tuanku.

“Mereka sedar bahawa selagi mereka tidak memiliki nama untuk calon perdana menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” kata ahli politik PKR yang juga merupakan pemegang jawatan dalam parti.

Difahamkan PH dan beberapa ahli Parlimen lain mendakwa berjaya mengumpulkan 100 nama berserta 13 nama yang didakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah diserahkan kepada Agong.

Walaupun pembangkang di luar gabungan PH menuntut peletakan jawatan Muhyiddin, mereka bagaimanapun menentang percubaan untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri di mana ia merupakan matlamat utama rancangan Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak sejak tahun lalu.

“Sehingga sekarang, calon perdana menteri belum dinamakan kerana penentangan hebat ahli-ahli Parlimen yang boleh menjadi kingmaker,” kata sumber dalaman PKR tersebut.

Minggu lalu, sebuah surat Zahid kepada Agong menyenaraikan 14 ahli Parlimen dari Umno yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Namun, satu sumber dalaman kumpulan tersebut berkata mereka tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Anwar atau DAP bagi menubuhkan kerajaan baru.

Sumber asal : Mnow


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo