Perbincangan kami di Dewan Makan Ahli Parlimen bersama Timbalan Menteri Kewangan II YB Shahar Abdullah berkenaan isu UJSB dan Tabung Haji. |
Ramai yang kata pemimpin PAS ini jadi tunggul saja ketika dalam kerajaan. Saya kena nafi perkara ini.
Isu Tabung Haji sebagai contohnya adalah isu yang merentasi parti politik. Ia isu ummah. Ia isu negara. Ia isu legasi anak-anak kita di masa hadapan.
Ketika saya hampir putus asa dengan kelembapan kerajaan PN dalam menyelesaikan masalah Tabung Haji warisan PH, Us Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri Agama) adalah orangnya yang menyelamatkan keadaan
Ustaz Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) |
Saya masih ingat pertemuan pertama kami di bilik mesyuarat tingkat atas Hotel Pan Pacific bersama Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Ini kali pertama saya bertemu dua pemimpin ini). Kemudian disusuli pertemuan berdua kami di bangunan Parlimen keesokannya. Saya sebenarnya terkejut sebab Us Marzuk ini bukan lebai biasa
Dia bukan background kewangan pun. Malahan saya rasa balance sheet pun dia tak pernah tengok. Tapi apabila saya terangkan isu sukuk, isu accounting method, isu MFRS, isu NRV yang menjadi punca pertelagahan dalam Tabung Haji, dia boleh faham dengan cepat
Dan lebih penting, dia tak terima bulat2. Dia jumpa tokoh2 lain termasuk TS Khalid Ibrahim. Hanya selepas penjelasan tokoh2 ini selari dengan penerangan saya, barulah dia terima (Ini dia yang cerita balik)
Bayangkan dengan kuasa amat terhad sebagai Timbalan Menteri, dia berani bangkit dalam parlimen memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan sekali kali bersetuju menjual aset Tabung Haji yang telah dipersetujui pada zaman PH dengan harga yang murah. Sampai 'bergomol' dengan YB Mujahid ketika itu. Sayalah saksinya
Begitu bersungguhnya dia melobi pemimpin parti, kemudian melobi ahli2 parlimen dan akhirnya menteri2 senior supaya isu Tabung Haji ini menjadi keutamaan kerajaan. Sayalah saksinya.
Malah isu terakhir apabila Tabung Haji mahu diletakkan di bawah Bank Negara pun. Beliaulah yang melobi sehingga ke Timbalan Perdana Menteri agar tindakan ini dibatalkan. Sebab dia tahu bahawa meletakkan TH di bawah BNM akan menjadikan institusi itu hilang kekuatan / kebebasan sebagai penjaga dana harta umat Islam
Dan semua ini dilakukan dalam keadaan sebahagian kecil dalam partinya sendiri menjadi pak angguk kepada kehendak kerajaan. Sayalah saksinya.
Saya tidak tahu apakah beliau masih ada dalam posisi kabinet selepas ini. Jika ada, Alhamdulillah. Jika tiadapun, Alhamdulillah.
Tapi jika di akhirat nanti Allah bertanya apakah yang telah diperbuat oleh mu Marzuk ketika engkau mendapat kuasa?. Maka dengan izin Allah saya akan bangun.
Dan mengatakan "Demi Allah, akulah saksinya"
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment