Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu penularan varian Delta yang bahaya dan mudah merebak antara faktor peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
Dr Noor Hisham menjelaskan unjuran jangkitan disebabkan varian itu adalah tinggi dan boleh merebak dengan pantas memandangkan ia adalah varian yang dominan.
Dilaporkan varian Delta ini berasal dari India dan ia boleh menular melalui bawaan udara atau 'airborne'.
Atas sebab itu juga masyarakat perlu lebih berhati-hati dengan mematuhi SOP ditetapkan selain duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan penting di luar.
Kita perlu meningkatkan keselamatan diri dengan memakai pelitup muka berganda, menjauhi tempat sesak dan sebagainya.
Sekiranya terkena jangkitan varian Delta ini, pesakit biasanya akan mengalamai beberapa simptom termasuklah;
1. Sakit kepala
Pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 varian Delta, mereka mungkin akan mengalami sakit kepala.
2. Sakit tekak
Kebanyakan pesakit varian ini juga mengalami gejala sakit tekak.
3. Selesema
Varian Delta juga akan menyebabkan pesakit mengalami selesema.
4. Demam
Gejala Covid-19 varian Delta turut disertai dengan demam panas.
5. Batuk
Selain sakit tekak, pesakit juga akan mengalami batuk.
Sementara itu, dalam penemuan di India, gejala Covid-19 varian Delta juga menyebabkan pesakit mengalami sakit perut, mual, muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit sendi.
Beberapa pesakit juga melaporkan mengalami gangguan pendengaran dan pembekuan darah.
Artikal asal : Mstar
No comments
Post a Comment