KUALA LUMPUR: Ronnie Liu di saran untuk membantu negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu sebelum bercakap untuk mengambilalih kerajaan Pusat bagi menangani pendemik COVID-19
Dalam satu berita yang disiarkan oleh portal Astroawani, PH dikatakan sedia untuk mengambil alih pimpinan kerajaan sedia ada, khususnya untuk menangani pandemik COVID-19, kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Ronnie Liu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata, seandainya PH di bawah pimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjadi Kerajaan, mereka akan membuat rombakan dan pembetulan terhadap beberapa polisi tertentu.
“Semua benda yang tidak betul dari segi pengesanan, ujian saringan, pencegahan dari segi SOP, semuanya kerajaan baharu di bawah PH boleh rombak semula. Membuat pembetulan, melakukan cara yang lebih betul,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Terdahulu, beberapa parti politik utama mendesak agar undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dilakukan segera, atas alasan Perdana Menteri sudah tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Muhyiddin dalam Perutusan Khasnya pada 4 Ogos lepas bagaimanapun berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan agar undi percaya oleh pihak Kerajaan akan dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat pada September ini.
Pada Selasa, UMNO telah mendedahkan dua warkah telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masing-masing bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos lalu.
Mengulas lanjut, Ronnie berkata, beliau mengharapkan agar Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dapat dipilih oleh Agong untuk menjadi Perdana Menteri baharu.
Katanya lagi, ini merupakan masa yang terbaik untuk Muhyiddin berundur, dan keputusan itu akan dilihat sebagai pengorbanan beliau untuk mengundur diri, dan memberi laluan kepada kerajaan yang lebih baik.
“Saya harap, Datuk Seri Anwar akan dipilih (menjadi Perdana Menteri. Lepas itu saya percaya dengan pengalaman dan kesungguhannya, beliau dapat tangani wabak COVID-19 dengan secepat mungkin. Dengan Jemaah Kabinet baharu, tak perlu ramai menteri. Kita pilih orang yang berkebolehan, tak payah nama-nama besar.
“Lepas itu kita fokus masa, tenaga, dan sumber yang ada untuk menangani COVID-19. Saya percaya kalau kita dapat tangani wabak COVID-19, isu ekonomi akan menjadi lebih mudah dan lebih senang untuk diatasi,” tegasnya lagi.
Sehingga hari ini, statistik menunjukkan negeri yang dikuasai PH mencatatkan lebih 50 peratus kes harian positif COVID-19. Selangor masih lagi mendahului senarai, diikut dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment