Oleh Fetty Rara
SEORANG pelajar perempuan dari Malaysia ini baru-baru ini diambil bekerja oleh Tesla sebagai pengajar robotik. Bagaimana dia melakukannya?
Fakhirah Khairuddin sebelum ini belajar di Maktab Rendah Sains Mara Kota Putera (MRSM) (Ulul Albab), Besut, Terengganu.
Dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan Aero Angkasa di University of California San Diego (UC) di bawah tajaan MARA.
Selepas ijazah pertama dia meneruskan pengajian ke peringkat Masters dalam bidang kejuruteraan Mekanikal di universiti yang sama, tetapi kali ini di bawah tajaan UC.
Bukan senang untuk mendapatkan peluang bekerja dengan syarikat ultra-teknologi tinggi seperti Tesla, namun berbekalkan kelayakan lima bintang merangkumi pengalaman sebagai Propulsion Development Engineer di UC di mana dia pernah menulis kod-kod MATLAB untuk mengkaji pengaliran haba enjin roket, dia berjaya meyakinkan Tesla untuk mengambilnya bekerja.
Selain itu, Fakhirah pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Norththrop Grumman System Engineering Challenge 2019 di mana dia bersaing dengan 50 pasukan lain. Dia menang dengan projek lengan robotik hasil rekaan dan program sendiri.
Fakhirah juga merupakan ketua pasukan dalam usaha membangunkan penyelidikan dan pembangunan Hexacopter Project bersama UC.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment