NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN bakal berpecah?


Keputusan yang Zahid buat bukan keputusan yang baik tetapi sesuatu yang pelik dan dahsyat sepanjang zaman. Tidak pernah memikirkan kesan besar kepada keputusannya. Zahid juga tak pernah berunding atau berpakat dengan komponen BN. 

Beberapa kali keputusan yang dibuat disangkal oleh 2 pemimpin komponen terbesar BN. keputusan kali ini dilihat sebagai keputusan yang bukan sahaja menggadaikan Umno tetapi akan memecah belahkan BN. 

Jika ini berlaku nama Zahid akan tercatat sebagai presiden umno pertama yang tidak disertai oleh MIC dan MCA. Sesuatu yang tak pernah terfikir dan terbayangkan. Akhirnya umno akan terkontang-kanting. Semakin tidak dipedulikan kerana henki penki yang pelik, janggal & memualkan. Bersendiri dan akhirnya dilupakan.

Adakah akar umbi tak kisah umno terkubur dek kerana rakus peribadi ? Fikir-fikirkan dan kenang-kenangkan jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu.

- Ahli veteran UMNO



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo