NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Presiden PFA meninggal dunia


Kuala Lumpur: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang pernah memimpin pasukan Singa Utara selama empat bulan disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkhabaran itu dikongsi di laman Facebook Hemico HQ yang menyatakan Amizal Shaifit menghembuskan nafas terakhirnya sekali gus mengejutkan ramai pihak berkaitan berita terbabit.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Puncak Alam, jam 3.45 petang tadi namun punca kematian tidak diketahui.

Arena Metro yang menghubungi bapanya, Ahmad Rafie Shaari mengesahkan anaknya meninggal dunia selepas menghidap penyakit kronik sebulan lalu.

"Setakat ini punca kematian anak tidak diketahui lagi tapi sejak sebulan lalu memang dia ada menanggung sakit tapi tidak tahu puncanya.

"Saya reda dengan pemergian secara mengejut dan mengharapkan semua memaafkan jika ada salah dan silap yang dilakukan Allahyarham," katanya.

Ahmad Amizal menarik perhatian peminat bola sepak tanah air apabila memegang tampuk kepimpinan PFA hanya dalam tempoh empat bulan sebelum meletak jawatan.

Malah, ketika kepimpinannya itu, beliau boleh dikatakan agak berani apabila mengambil beberapa pemain berpengalaman tempatan dengan gaji yang ditawarkan agak lumayan untuk beraksi bersama pasukan berpangkalan di utara tanah air itu.

Namun, pasukan Perlis tidak sempat beraksi pada 2019 dalam saingan Liga Perdana berikutan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membatalkan penyertaan mereka selepas mendapati pasukan berkenaan tidak mempunyai kewangan kukuh termasuk berdepan masalah tunggakan gaji sejak awal musim.

- HMetro

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo