NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir kilat Pulau Pinang, DAP dilihat gagal



Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Kekerapan bencana banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang memperlihatkan kegagalan DAP menguruskan negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaie A Rashid (gambar) berkata masih belum nampak usaha DAP untuk membaik pulih sistem pembangunan negeri itu bagi mengelakkan dari berlaku banjir kilat.
Advertisement

Menurut beliau, mengetahui punca masalah adalah kunci bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Puncanya banjir kilat ini berlaku kerana pembangunan yang terlalu melampau (banyak) berlaku.

“Bila pembangunan terlalu banyak, air hujan yang turun tidak sempat untuk diserap oleh permukaan bumi kerana permukaan bumi sudah banyak digondolkan akibat pembangun.

“Contohnya tanah sepatutnya terbuka dan menyerap air hujan, tetapi apabila dibuat bangunan dia akan menutupi dengan konkrit, maka air hujan yang turun tidak boleh diserap bumi ia akan lalu atas permukaan konkrit, permukaan jalan raya, jadi kandungan air terlalu banyak atas permukaan maka terjadilah banjir,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Justeru itu kata beliau bagi menyelesaikan isu berkenaan kerajaan negeri perlu menghentikan pembangunan rumah mewah di kawasan lereng-lereng bukit.

“Menggondol bukit, kita tahu Allah SWT cipta bukit ini dengan hikmah-hikmah tertentu sebagai pasak bumi dan sebagainya, tetapi bila digondolkan sedemikian rupa tanpa kawalan, tanpa keperluan maka ianya akan memberikan kesan negatif sepertimana kita hadapi sekarang ini,” katanya.

Tambah beliau, negeri itu juga perlu memberi fokus kepada pembinaan infrastruktur seperti sistem parit dan saliran.

“Air ini bila dia turun lebat tidak diserap ke bumi sebab dilindungi oleh lantai konkrit dan sebagainya maka air itu akan mengalir.

“Dia nak mengalir tidak ada longkang yang cukup, tidak ada saliran yang cukup maka dia akan masuk dalam rumah, lalu melimpah di atas jalan raya.

“Jadinya kita kena sediakan longkang dan perparitan dan saliran yang sesuai supaya bila air hujan itu turun, ada laluan,” katanya.

Secara umumnya, Rafaie berkata perkara ini akan mengambil masa yang panjang namun dalam masa sama masih tidak nampak usaha DAP ke arah tersebut.

“Dalam tempoh setahun, tidak tahu berapa puluh kali banjir, semalam pun banjir teruk di pulau dan inilah bukti DAP gagal mengurus pembangunan di sini hingga menyebabkan banjir kilat di Pulau Pinang,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/19/banjir-kilat-pulau-pinang-dap-dilihat-gagal/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo