NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah Annuar Zaini pencatur ?

"Ringkasnya, Agong tidak boleh campur tangan dalam urusan Parlimen dan YDPA tidak boleh menitahkan bagaimana urusan Parlimen dijalankan - jika tidak ia bermakna YDPA berusaha untuk mengawal Parlimen dan ingin memutuskan bagaimana Parlimen dijalankan. "Titah" YDPA akan mengatasi bidang raja berperlembagaan dan ini adalah bertentangan dengan perlembagaan." - Raja Petra Kamarudin

Nampaknya tangan tersembunyi Mohd Annuar Zaini kembali berperanan di belakang tabir. Inilah lelaki yang terlibat dalam penggulingan DYMM SPB Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong pada tahun 2018. Dia juga merupakan orang yang terlibat dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak baru-baru ini.

Dan sekarang dia melakukannya lagi.
Media mengatakan bahawa peristiwa minggu ini adalah "Krisis Perlembagaan", dan ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia. Ada yang menyebutnya sebagai "Krisis Perlembagaan" yang ketiga, setelah yang pertama pada tahun 1983 dan yang kedua pada tahun 1994.

Sebenarnya ini bukan yang ketiga. Sejak Merdeka 64 tahun yang lalu, terdapat banyak "Krisis Perlembagaan", yang berlaku di peringkat Persekutuan dan di peringkat Negeri. Tiada satu negeri pun yang tidak pernah terlibat dengan "Krisis Perlembagaan" dalam tempoh 64 tahun lepas.

Sekiranya saya diminta untuk membuat telahan, saya akan menelah bahawa "Krisis Konstitusional" minggu ini mungkin adalah ke 20 atau 30. Maknanya, secara puratanya telah berlaku satu "Krisis Perlembagaan" setiap dua tahun.

Malah Tun Mahathir yang dikenali sebagai seorang Melayu yang sangat berkuasa dan anti-raja terpaksa menurut kehendak Sultan dalam kebanyakan peristiwa - seperti ketika Almarhum Sultan Pahang yang mahukan Abdul Rahim Abu Bakar disingkirkan sebagai Menteri Besar Pahang. Enam bulan kemudian, atas permintaan Istana Pahang, Mahathir melantik Najib Tun Razak sebagai Menteri Besar Pahang yang baru.
Punca pertembungan Istana Pahang-Menteri Besar Pahang adalah mengenai tanah balak (seperti yang dinyatakan oleh Presiden Gerakan ketika itu, Lim Keng Yaik). Oleh itu Sultan mahu Rahim Bakar disingkirkan dan diganti dengan "Orang Istana". Dan begitulah cara Najib menjadi Menteri Besar Pahang pada usia muda.

Hubungan antara Najib dan Istana Pahang ini tetap kukuh hingga hari ini. Raja Permaisuri Agong dan Rosmah Mansor adalah teman rapat, dan mereka sering bertemu di Pavilion Residences untuk bergosip mengenai perkembangan politik terkini.

Tetapi "Krisis Perlembagaan" terbaru (sama ada 20 atau 30) adalah langkah yang salah bagi Agong. Kali ini, Annuar Zaini mungkin telah terlajak langkah, dan dia telah menyeret Agong ke lubuk yang dalam. Apa yang telah mereka lakukan telah memberikan peluru kepada pembawa idea republik untuk membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu adalah pengganggu dan mungkin sudah waktunya untuk menghidupkan kembali perdebatan untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah republik.
Agong telah dikelirukan sehingga melebihi kewibawaannya.

Ini adalah ruang yang sangat berbahaya yang dilalui oleh Agong. Agong tidak mempunyai kuasa undang-undang dan perlembagaan untuk memberitahu Parlimen bagaimana ia mesti dijalankan. Raja, badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif adalah empat cabang pemerintahan yang terpisah. Dan satu tidak boleh mengganggu yang lain.
 
Tetapi Agong telah memberitahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimana dia harus melaksanakan tugasnya dan bagaimana Parlimen perlu dijalankan. Itu akan menjadikan Agong seorang yang bersifat eksekutif. Ia bukan cara raja berperlembagaan. Dan ia akan membuka Kotak Pandora yang mungkin tidak akan ditutup lagi.

Agong bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri tetapi juga Raja-Raja Melayu. 
Sesi parlimen yang terbaru adalah sejenis yang khas disebut "Mesyuarat Khas Parlimen di bawah Aturan Urusan Mesyuarat 11 (3) (Peraturan Tetap)". Ini adalah untuk membolehkan Perdana Menteri memberi taklimat kepada Parlimen mengenai keadaan Covid-19 dan Pelan Pemulihan Nasional.

"Mesyuarat Khas Parlimen di bawah Aturan Urusan Mesyuarat 11 (3) (Peraturan Tetap)" berada di bawah kuasa Perdana Menteri, dan bukannya "Mesyuarat Biasa", yang berada di bawah Aturan 62.

Ketika Kabinet memutuskan untuk revoke (membatalkan) Ordinan Darurat, ia hanya perlu "Dibentangkan" (Laid) ke Parlimen (yang bermaksud ia tidak perlu dibahaskan).

Sebenarnya, tidak ada Usul (Motion) oleh sesiapapun untuk membahaskan dan membatalkan Ordinan Darurat. Usul sedemikian memerlukan notis 28 hari, tetapi tiada sesiapapun yang telah mengemukakannya.

Oleh kerana Kabinet telah memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat, Mesyuarat Aturan Urusan (Agenda) tidak memperuntukkan perkara tersebut untuk dibentangkan, diperdebatkan, atau dibatalkan (LIHAT “PARLIMEN MESYUARAT ATURAN URUSAN DI BAWAH).

Oleh itu, keputusan Agong (titah) bahawa pembatalan Ordinan Darurat dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen telah melanggar "Aturan Mesyuarat Parlimen".

Nampaknya, siapa jua yang telah menasihati Agong tidak memahami prosedur ini.

Ringkasnya, Agong tidak boleh campur tangan dalam urusan Parlimen dan YDPA tidak boleh menitahkan bagaimana urusan Parlimen dijalankan - jika tidak ia bermakna YDPA berusaha untuk mengawal Parlimen dan ingin memutuskan bagaimana Parlimen dijalankan. "Titah" YDPA akan mengatasi bidang raja berperlembagaan dan ini adalah bertentangan dengan perlembagaan.







RAJA PETRA

Sumber asal : malaysia-today


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo