Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengumumkan mengembalikan AS$452 juta (RM1.9 juta) lagi dana 1MDB yang disalah guna kepada rakyat Malaysia.
Setakat ini, jumlah keseluruhan AS$1.2 billion telah dipulangkan.
Menurut dokumen mahkamah, dana daripada 1MDB, dicuci secara haram melalui institusi kewangan utama di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, dan Luxembourg, menurut DOJ.
Sejak 2016, usaha melibatkan 41 tindakan pelucutan hak sivil yang difailkan di mahkamah di AS membuahkan hasil selepas berjaya menyita lebih daripada AS$1.7 bilion aset yang dicuri.
"Ini adalah pemulihan terbesar setakat ini di bawah jabatan Kleptocracy Asset Recovery Initiative.
"Jabatan ini terus membuat litigasi terhadap aset tambahan yang didakwa mempunyai kaitan dengan skim ini," kata DOJ.
DOJ berkata seperti yang didakwa dalam aduan pelucutan hak sivil, daripada tahun 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB didakwa disalahgunakan oleh pegawai tinggi 1MDB dan Jho Low, melalui pengubahan wang haram dan penyelewengan wang antarabangsa.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment