NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

74% jangkitan COVID-19 dalam kalangan sudah dapat vaksin?

Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga

Biasanya ramai di kalangan kita akan baca laporan berita tak habis. Hanya baca tajuk saja. Tetapi huraian laporan tidak dibaca. Kemudian sebarkan ulasan sendiri yang tidak melihat kepada konteks sebenar.

Artikel itu (gambar) adalah respons dari CDC yang keluar kenyataan sebelum ini bahawa mask, penjarakan fizikal, buat majlis keramaian dan SOP lain sudah tidak perlu setelah lengkap vaksin. Di bandar kajian itu dibuat (Massachusetts) sudah pun mencapai 69 peratus penduduknya telah ambil vaksin. Malah terdapat daerah sana yang zero kes dalam tempoh 14 hari sebelumnya. Oleh kerana keyakinan itu, kerajaan mereka telah melonggarkan SOP dengan kebenaran buat majlis keraian serta membuka pelitup muka.

Rupanya tidak, berlaku kluster jangkitan seperti yang dilaporkan itu. Lebih menyedihkan terdapat sebilangan pesakit yang dijangkiti oleh varian Delta. Menjadikan peratusan kes meningkat kembali. Peratus jumlah kes didapati positif adalah hampir sama dengan nisbah vaksinasi. Justeru kesimpulan yang boleh dibuat, walaupun telah lengkap vaksin, semua mesti kembali pakai mask dan ikut SOP. Jangan ambil mudah.

Dalam masa sama, varian Delta terus menyerang individu yang masih belum dapat vaksin dengan jumlah yang lebih besar. Di US, purata kes baharu harian mencecah 62,000 kes sehari. Majoriti kes tersebut berakhir dengan kemasukan ke hospital dan kematian adalah di kalangan belum divaksinkan. 

Jika dibaca lanjut dalam laporan MMWR dan portal Guardian, ramai pakar membuat komentar bahawa keberkesanan vaksin masih tinggi. Mereka mengesyorkan usaha vaksinasi perlu digiatkan lagi di samping menjaga ketat SOP terutamanya kemunculan varian baharu yang makin mengganas.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)




Sumber: FB Dr Suhazeli 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo