NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat masing-masing dikompaun RM2,000-Polis

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Seramai 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat dikompaun RM2,000 setiap seorang setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana terlibat dalam perhimpunan di padang Dataran Merdeka, pada 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka dikompaun selepas keterangan mereka diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

“Pasukan Pematuhan IPD Dang Wangi mengesan sekumpulan indvidu berhimpun di Dataran Merdeka sempena program memorial memperingati mereka yang gugur akibat pandemik wabak COVID-19 dan mereka dilihat berhimpun sambil membakar lilin serta memegang kain rentang putih bertulis ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit PPN (No 2) 2021,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Noor Dellhan menasihatkan orang awam agar terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi memerangi wabak COVID-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.

Sumber: BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo