Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin (Kiri)sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II, dan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa (Kanan) Timbalan Menteri Kewangan II |
KUALA LUMPUR: Seramai 16 menteri serta timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia sekali gus mewakili 23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengumuman senarai kabinet yang diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat.
Seramai 10 pemimpin kekal dengan portfolio sama semasa pemerintahan terdahulu dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Datuk Hanifah Hajar Taib.
Manakala berlaku perubahan empat portfolio termasuk Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dahulunya merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Perubahan portfolio turut melibatkan Datuk Arthur Joseph Kurup yang dahulunya merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) kepada Timbalan Menteri Kerja Raya.
Manakala dua wajah baharu turut diumumkan melibatkan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.
Baca juga...
Sumber : Awani
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment