Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.
Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
Menurut komen Tunku Ismail itu, beliau bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.
“Drama queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata mata nak undi dan kuasa.
“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” katanya dalam Instagram storynya malam tadi.
Malam tadi, Syed Saddiq dalam siaran secara langsung di media sosialnya memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.
Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.
Because he is fake
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor memang terkenal dengan sifatnya yang berani dan lantang mengkritik ahli politik di Malaysia.
Terbaru, Baginda telah menyuarakan pendapatnya tentang Syed Saddiq.
Beberapa tangkap layar oleh netizen menunjukkan netizen bertanya kepada Tunku ismail tentang beberapa soalan di Instagram Baginda.
Kebanyakkan soalan adalah berkaitan kritikkannya terhadap Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar yang juga pengasas parti Muda.
Salah satu soalan berbunyi,
DYAM Tunku, Why do you hate YB Muar?
Tunku Ismail menjawab secara ringkas,
Because he’s Fake.
No comments
Post a Comment