NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada keperluan segera untuk pilihan raya


MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menegaskan tiada keperluan segera untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN), sebaliknya semua pihak tanpa mengira latar belakang politik, harus bekerjasama memerangi wabak COVID-19 di Sarawak terlebih dahulu. 

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (gambar) yang juga Setiausaha Agung SUPP memberitahu usaha menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat yang perlu menjadi keutamaan ketika ini. 

"Sekarang bukan masa untuk berpolitik dan mencapai kepentingan politik masing-masing tidak kira anda dari perikatan politik mana, kerana yang penting kita bersama-sama bersatu padu menentang virus COVID-19.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Selangor yang tidak terkawal dan merekodkan jumlah kes yang hampir separuh kes harian negara pada setiap hari," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sebastian berkata, Sarawak bernasib baik kerana dengan kepimpinan yang berkesan dalam pemerintahannya, menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), negeri ini dapat mengurangkan kes hariannya. 

DUN semasa akan dibubarkan secara automatik setelah darurat berakhir pada 1 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memutuskan tarikh bagi mengadakan PRN Sarawak. 

Katanya, penting bagi rakyat untuk mengetahui hak mereka dan seterusnya memilih kerajaan mereka menerusi cara demokrasi. 

"Namun, tidak ada keperluan segera untuk mengadakan PRN Sarawak kerana kita masih sibuk memerangi COVID-19. Keselamatan dan kehidupan rakyat kita harus selalu menjadi keutamaan berbanding perkara lain," tambahnya. 

Sebastian memberitahu lagi, walaupun sudah diberi vaksin, namun rakyat masih harus berwaspada dan mematuhi SOP yang ketat daripada JPBNS. "

Sumber - utusanborneo
 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo