NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Test COVID-19 mesti positif selepas vaksin?

š—§š—²š˜€š˜ š—–š—¢š—©š—œš—— š— š—²š˜€š˜š—¶ š—£š—¼š˜€š—¶š˜š—¶š—³ š—¦š—²š—¹š—²š—½š—®š˜€ š—©š—®š—øš˜€š—¶š—»?

Timbul keraguan adakah selepas vaksin, swab test PCR secara š—®š˜‚š˜š—¼š—ŗš—®š˜š—¶š—ø akan š—½š—¼š˜€š—¶š˜š—¶š—³? Sebab secara teorinya vaksin itu mengandungi virus yang dimatikan atau antibodi COVID-19, jadi swab test akan jadi positif.

Ramai yang berfahaman begitu, tetapi tidak š—Æš—²š—»š—®š—æ š—±š—®š—» š˜š—¶š—±š—®š—ø š˜š—²š—½š—®š˜.

 Bagi vaksin COVID-19 yang jenis š—ŗš—„š—”š—”, seperti Pfizer-BioNTech, bukan virus yang dilemahkan atau dimatikan, tetapi sejenis nukleitida sintetik untuk mengaruh pembentukan antibodi. Selepas menjalankan tugasnya, vaksin mRNA itu sendiri terurai dan larut dalam darah.

 Bagi AstraZeneca dan Jannsen, jenisnya menggunakan virus lemah (Adenovirus) dan dicampur dengan Spike Protein virus COVID-19 (š—©š—²š—°š˜š—¼š—æ š˜š˜†š—½š—²). Selepas disuntik, vaksin AstraZeneca akan bertindak balas dengan sel darah putih bagi membentuk antibodi. Vaksin tersebut akhirnya ditelan oleh sel darah putih dan dikumuhkan.

 Manakala jenis vaksin yang tidak aktif (inactivated) seperti vaksin Sinovac dan Sinopharm juga akan bertindak balas dengan sel darah putih. Akhirnya terbentuk antibodi. Virus yang tidak aktif itu tidak sesekali membiak atau merayap ke kerongkong. Mereka akan ditelan oleh sel darah putih dan dikumuhkan.

š—¦š˜„š—®š—Æ š—£š—–š—„ adalah mengesan wujudnya virus samada masih hidup atau mati. Jadi setelah cucuk vaksin, š˜š—¶š—±š—®š—ø š˜€š—²š˜€š—²š—øš—®š—¹š—¶ š—®š—øš—®š—» š—½š—¼š˜€š—¶š˜š—¶š—³ š—£š—–š—„, kerana virus COVID-19 atau komponennya sudah tidak wujud. Jika berlaku juga kes positif bermakna seseorang itu dijangkiti oleh virus COVID-19 yang betul bukan dari vaksin.

š—•š—®š—“š—®š—¶š—ŗš—®š—»š—® š—½š˜‚š—¹š—® š—±š—²š—»š—“š—®š—» š˜‚š—·š—¶š—®š—» š—®š—»š˜š—¶š—Æš—¼š—±š—¶?

Ujian antibodi pula mengesan kewujudan antibodi dalam tubuh. Tetapi kita tidak dapat ketahui dengan tepat samada antibodi itu terhasil dari jangkitan semulajadi virus COVID-19,  atau dari vaksin. Tambahan pula alat ujian antibodi tersebut tidak khusus kepada antibodi Spike Protein atau nukleokapsid virus. Bahkan Spike Protein pun banyak pula epitope dia (S1, S2, RBD up, RBD down, dan RBM). Kalau nak buat juga pengesanan antibodi, hanya dalam makmal besar bagi tujuan kajian sahaja. Kos pun mahal.

Tu tak bincang lagi bab sensitiviti dan spesificiti alat ujian antibodi. Pendeknya, tidak boleh digunakan untuk menentukan seseorang itu ada antibodi atau tidak.

Harap faham penerangan saya kerana tulis perkataan teknikal perubatan. Jangan keliru pulak dengan tulisan antivaksin yang entah depa ceduk dari mana fakta.

Suhazeli Abdullah

25.7.2021

Tengkawang

[1] Priya Joi. VACCINESWORK: Can you test positive for COVID-19 test after getting the vaccine? GAVI Online. 2 June 2021.

[2]Tim Stenzel. FDA In Brief: FDA Advises Against Use of SARS-CoV-2 Antibody Test Results to Evaluate Immunity or Protection From COVID-19, Including After Vaccination. May 19, 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo