NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seorang terbunuh, 140 cedera diserang tentera ya

BEITA: Seorang remaja Palestin mati ditembak dalam pertempuran antara penduduk Palestin dan tentera Israel di Tebing Barat yang diceroboh regim Zionis.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Mohammed Munir al-Tamimi, 17, yang terkena tembakan, meninggal dunia sehari selepas dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, lebih 140 penduduk Palestin diserang tentera Israel dalam pertempuran di perkampungan Beita, Tebing Barat, ketika cuba mempertahankan kediaman mereka.

Pasukan perubatan berkata, dua tentera Israel turut mengalami kecederaan ringan dalam pertempuran bagi mengusir penduduk Palestin.

Ratusan rakyat Palestin berkumpul di Beita yang terletak di sebelah utara Tebing Barat diceroboh Israel, bagi menyuarakan bantahan terhadap pos kawalan tentera di Eviatar, di tengah penempatan penduduk Palestin.

Kawasan itu sering menjadi tumpuan demonstrasi membantah penjajahan Zionis di tanah Palestin berikutan wujud tindakan terbaru bagi mengusir penduduk setempat.

Tentera Israel, dalam satu kenyataan, berkata protes berlaku selama beberapa jam di pos Givat Eviatar yang terletak di selatan Nablus.

"Ratusan penduduk Palestin membaling batu ke arah tentera Israel yang bertindak balas cuba meleraikan rusuhan," katanya.

Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan, 146 penduduk Palestin cedera semasa pertempuran itu termasuk sembilan orang terkena tembakan, 34 ditembak dengan peluru getah serta 87 menjadi mangsa serangan gas pemedih mata.

Mei lalu, penduduk haram Yahudi membina pos Eviatar dan membina rumah serta tembok konkrit dengan menceroboh tanah milik penduduk Palestin sejak beberapa minggu lalu.

Pembinaan itu bertentangan und

rang-undang antarabangsa dan sudah pun ditegur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Israel tidak menghiraukannya dan terus menceroboh tanah Palestin.

Difahamkan, Kementerian Pertahanan Israel sedang mengkaji kemungkinan kawasan berkenaan diisytiharkan sebagai tanah kerajaan dan meluluskan pembinaan sekolah agama Yahudi di Eviatar termasuk rumah kakitangan dan asrama pelajar.

Kira-kira 475,000 penceroboh Yahudi kini menetap di Tebing Barat, yang diceroboh Israel sejak 1967. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo