PETALING JAYA: Satu poster tahniah terhadap pelantikan ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri interim yang tular di media sosial adalah palsu.
Perkara itu dijelaskan dalam Facebook UMNO Online hari ini.
Poster yang tular tersebut menyatakan ucapan tahniah daripada UMNO kepada Najib di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri interim.
Sejak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan, berlegar pelbagai desas-desus berkenaan percaturan politik tanah air.
Ia membabitkan situasi bakal berlaku terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pembatalan semua Ordinan Darurat pada Isnin lalu.
No comments
Post a Comment