PICK fasa dua kepada golongan warga emas dan rentan mulai menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanan (garisan hijau). Foto ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah |
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa dua yang memberi tumpuan kepada golongan warga emas dan rentan mulai menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pengurangan jangkitan serius bagi kategori empat dan lima.
Menurutnya, keberkesanan itu juga boleh dilihat menerusi penurunan kemasukan ke hospital dalam kalangan pesakit warga emas.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Seramai 2.3 juta warga emas mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin melalui fasa dua.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin dilapor berkata, secara keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi.
Bagi meningkatkan jumlah penerima suntikan warga emas, kerajaan turut membenarkan mereka 'walk-in' di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai Sabtu lalu.
- BH
No comments
Post a Comment