Harun Yahya (Adnan Oktar)
--------------------------------------------
Umat Islam seluruh dunia pernah memiliki seorang hero yang mati mati melawan indoktrinasi yang mengatakan Penciptaan Manusia Ini Berasal Dari Teori Evolusi Darwin.
Ketika umat Islam dahagakan seorang hero untuk menepis literature kajian santifik barat tentang teori Evolusi, Adnan Oktar melalui nama penanya Harun Yahya muncul membawa obor, memberi harapan, dan mengukuhkan semula keimanan dan kepercayaan umat Islam secara general tentang teori Penciptaan edisi Darwin itu bohong, tipu dan mengelirukan.
Antara buku tulisan Harun Yahya yang mayshur adalah Atlas of Creation Volume 1,2 dan 3. Buku yang tebal, hardcover dengan glossy paper yang cantik ini dicetak dan disebar bukan sahaja di Turkey, malahan ke seluruh Eropah dan negara Timur Tengah.
Manakala di Malaysia dan Indonesia, Harun Yahya mendapat kemahsyuran melalui buku buku seperti Kaum Kaum Yang Pupus, Al Quran dan Sains, Agama Darwisne : Doktrin Sesat, Keruntuhan Teori Evolusi dan Ancaman Global Freemansory.
Harun Yahya berjaya mencipta populariti yang bukan calang calang. Dia diangkat, dijulang, dihormati, dan diusung sebagai fronting dunia Islam dalam memerangi intellectual discourse dunia berat tentang perkara yang melibatkan evolusi dan penciptaan manusia.
Selain itu Harun Yahya turut keras menulis penentangan ke atas idelogi Marxism, Komunis, dan menjadi seorang Anti Sematic pujaan ramai.
Segala ramuan, resipi, dan food of thoughts yang sangat diperlukan oleh umat Islam pada masa itu - rahsianya ada pada Harun Yahya
Pengaruh dan ketaksuban dunia Islam kepada Harun Yahya terlalu besar, sehinggakan pada tahun 2010 dia dinobatkan sebagai top 50 dalam senarai 500 Most Influential Muslims in the World oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre of Jordan.
Begitulah betapa hebat dan tingginya reputasi Harun Yahya di mata umat Islam bukan sahaja di negara asalnya Turkey, tetapi pengaruh, puji pujian, keagungan sebagai seorang fronting tokoh Islam pejuang ummah melarat dan melebar ke senatero dunia.
Pada masa itu,
Harun Yahya merupakan hero yang maksum di pandangan mata.
Pejuang ummah, pembangkit semangat, murobbi, mujaddid, dan segala kata puji beserta ketaksuban ibarat menyembah berhala dihambur kepadanya.
Harun Yahya dilawan?
Orang yang melawan disenyapkan oleh kultus dan para pentaksub.
Tulisan Harun Yahya dipertikai?
Maka individu, kumpulan, atau website yang cuba mempertikai akan diambil tindakan dan Harun Yahya mengenakan public pressure melalui pengikut pengikut fanatiknya.
Harun Yahya dikatakan buat salah?
Para pengikut akan menyerang dan merobek semula segala tuduhan melalui kuasa media dan perang internet.
Tiada siapa percaya Harun Yahya tokoh Islam boleh berbuat salah dan silap.
Tiada siapa percaya Harun Yahya melalukan perkara yang bertentang dengan tulisan tulisannya.
Tiada siapa percaya Harun Yahya itu pendosa.
Namun seperti yang kita semua tahu, KEBENARAN tidak boleh disalut dengan ancaman, dengan duit, dengan kuasa, dengan pengaruh sebesar dunia, atau dengan ramainya penyokong dan pengikut.
Kebenaran atas setiap sesuatu perkara itu lebih besar kuasanya sehingga tidak ada yang mampu menampung, menahan, menyorokkan, melindungi - kerana kebenaran akhirnya akan melimpah keluar dan tertegak mengikut kehendak dan aturan Yang Maha ESA.
Begitulah dengan apa yang terjadi kepada Harun Yahya sang idola umat Islam seluruh dunia.
Perlahan lahan sisi gelap dan segala aktiviti jahat beliau mulai dibongkar. Memiliki kekayaan melampau hasil financial fraud, entreprise criminal dan pemerdagangan manusia.
Bukan setakat itu, wajah sebenar tokoh bernama Adnan Oktar (Harun Yahya) disingkap tragis apabila dia turut didakwa atas tuduhan sexual abuse, rogol kanak kanak bawah umur, penculikan kanak kanak, rasuah politik, espionage, money laundering dan penyeksaan.
Selama proses pendakwaan, kira kira 45 orang mangsa jenayah seksual kelolaan Harun Yahya dari enam (6) negara muncul buat press charges.
Legal battle selama beberapa tahun melibatkan jenayah Harun Yahya berakhir apabila pada 11hb January 2021 yang lalu, Mahkamah Tinggi Turkey mensabitkan kesalahan dan memerintahkan hukuman penjara selama 1,075 tahun!
Ya, Harun Yahya akan melalui hukuman penjara selama 1000 tahun.
Mungkin ini secebis cerita pengajaran yang boleh kita teladani tentang pengkultusan agama yang akhirnya mengundang padah. Mengangkat dan mengangungkan sosok seseorang secara berlebihan, mengidolakan secara membuta tuli, menjulang dan mengangkat sosok sehingga tidak bertepi.
Kita diajar untuk besederhana dalam setiap gerak geri - Wasatiyah itulah pesanan Nabi.
Kerana kepercayaan dan ketaksuban yang terlalu tinggi kepada selain Nabi, hanya akan membawa nahas dan kecewa dikemudian hari.
Semoga Harun Yahya tidak lagi muncul di mana mana , atas muka bumi ini.
Kita doakan.
Sumber : FB Fdaus Ahmad
No comments
Post a Comment