Sang sapi asyik bernyanyi,
Tari lembu saling bertemu;
Terasa sepi senyap sunyi,
Tiada bertamu naik jemu.
Riang melompat patah riuk,
Taukeh rugi menggigit jari;
Masak ketupat satu periuk,
Dari pagi makanlah sendiri.
Batal ubah korban berpuluh,
Kambing bergaya leka menari;
Baca khutbah dahi berpeluh,
Bersolat raya dengan isteri!
Dunia berubah wabak tinggi,
Sebak di dada lidah kesima;
Moga musibah berlalu pergi,
Rindu bonda seorang cuma.
Kibas berkelah mentedarah,
Wajah merah bersila di lembah;
Kepada Allah kita berserah,
Sudah pasrah moga tak rebah.
Selamat Hari Raya Aildil Adha 1442. Mohon maaf & halalkan segalanya.
Daripada :
Abang Besar
20 Julai 2021
No comments
Post a Comment