NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OLIMPIK: Dr Adham turut bantu kejayaan Diaz

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba adalah antara individu yang menjadi 'tulang belakang' kepada kejayaan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul pingat emas pertama buat negaranya di Sukan Olimpik Tokyo 2020, kelmarin.

Hidilyn atau dikenali Hidi, terkandas di Malaysia sejak Januari lalu berikutan penularan COVID-19 dan pernah menjalani latihan di tempat berbeza antaranya di Jasin, Kompleks Sukan Desa Pandan dan Bukit Jalil.

Atas kerjasama diberikan pihak KKM, permohonan terus Kedutaan Filipina di Malaysia pada 8 Jun lalu untuk mendapatkan suntikan lengkap vaksin COVID-19 yang mempunyai jarak masa lebih pendek berbanding AstraZeneca menjelang temasya Olimpik Tokyo bermula, disambut pantas Adham.

Tiga hari selepas permohonan dilakukan, Adham meluluskan permohonan dilakukan bagi membantu kelancaran atlet berkenaan berlatih di Jasin sebelum berlepas ke Tokyo, 18 Julai lalu.

Suntikan vaksin AstraZeneca diberikan kepada Hidi dan dua jurulatihnya sebelum berlepas ke Tokyo.
Pemenang pingat perak di Rio 2016 berusia 30 tahun dari selatan bandar Zamboanga itu merealisasikan impiannya untuk meraih emas menerusi kelas 55 kilogram (kg) wanita di Tokyo International Forum.

Hidi mengatasi pencapaian peribadi terbaiknya untuk meletakkan pemegang rekod dunia, Liao Qiuyun dari China sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/844325/olimpik-dr-adham-turut-bantu-kejayaan-diaz

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo