PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati menghadiahkan sebuah bas untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini.
Melalui perkongsian di Facebooknya tadi, Ebit memaklumkan bas itu diberikan untuk keperluan membawa pesakit Covid-19 yang perlu dipindahkan ke mana-mana pusat kuarantin.
“Terima kasih Allah. Terima kasih semua saudaraku tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan rasa rendah diri dan syukur dapat kami hadiahkan bas untuk Hospital Klang.
“Masa hantar bas diserahkan dengan geran pada hospital tadi banyak nampak van jenazah di hospital. Usaha kecil ini berbanding usaha ramai orang lain sama ada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persendirian lain yang lebih jauh kedepan membantu,” katanya.
Menurut Ebit, para doktor dan Timbalan Pengarah Hospital tersebut amat berterima kasih ke atas pemberiannya itu.
“Sebenarnya kami yang berterima kasih atas jasa tuan puan semua petugas barisan hadapan. Allah sahaja yang membalasnya.
“Mudah-mudahan pemberian bas ini dapat meringankan sikit beban Hospital Klang ini. Terima kasih sahabat semua,” ujarnya.
– K! ONLINE
No comments
Post a Comment