NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri UK bimbang covid-19 boleh tersebar melalui kentut

Bukti saintifik sama ada kentut boleh menyebarkan Covid-19 belum dipastikan. -gambar hiasan 
Segelintir menteri di United Kingdom secara peribadi telah menyatakan kerisauan bahawa coronavirus boleh disebarkan melalui kentut, demikian dilaporkan oleh mirror.

Mereka telah merujuk kepada bukti yang  bahawa Covid-19 dapat tersebar ketika orang yang dijangkiti mengeluarkan ketuk di ruang tertutup seperti tandas.

Ujian telah menunjukkan bahawa virus itu dapat terjadi pada kotoran, walaubagaimana pun bukti saintifik mengenai adakah angin yang keluar dari badan dapat menyebarkan virus belum dapat pasti.

Seorang menteri, yang tidak disebutkan namanya, mengatakan kepada Telegraph bahawa mereka telah membaca "credible-looking stuff on it" dari negara-negara lain, dan ada bukti menunjukkan "hubungan jejak yang berkaitan dengan genomis antara dua individu dari bilik [tandas] di Australia".

Menurut beliau terdapat "kes-kes penyakit yang didokumentasikan dengan baik yang menunjukkan penyebaran boileh berlaku melalui paip buangan, ini dikesan semasa lockdown di Hong Kong apabila ujian dilakukan kepada saluran U paip buangan yang telah kering.

Seorang pekerja memproses sapuan mulut di pusat ujian Covid-19 tanpa gejala (gambar hiasan)
Setakat ini tiada saintis United Kingdom yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.

Seorang menteri lain, yang tidak disebutkan namanya dalam laporan itu, mengatakan penularan sebahagian besar semestinya berlaku melalui mulut dan terutama hidung, kerana Covid adalah sejenis penyakit pernafasan.

Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan bahawa dia tidak menyedari dakwaan bahawa virus itu boleh tersebar melalui kentut.

Menurut beliau pihak kerajaan masih lagi meneliti bukti saintifik terkini.

Pada awal wabak tahun lalu, sebilangan besar pakar mengatakan perkara ini adalah sangat tidak mungkin berlaku. 

Dr William Schaffner, pengarah perubatan Yayasan Nasional untuk Penyakit Berjangkit dan profesor penyakit berjangkit di Universiti Vanderbilt di Tennessee, memberitahu USA Today bahawa penyebaran Covid melalui perut kembung tidak pernah dilakukan ujikaji.

Dia menambah: "keadaan ini adalah sangat tidak mungkin berlaku."

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS pula mengatakan bahawa setakat ini tidak ada sebarang pengesah bukti penularan viral melalui fecal-oral.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo