NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KP Kesihatan berharap doktor kontrak diserap ke jawatan tetap dalam tempoh kurang dua tahun

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyuarakan harapannya supaya semua doktor kontrak dapat diserapkan ke jawatan tetap dalam tempoh “dua tahun atau kurang”.

Selepas beberapa Ahli Parlimen mendesak supaya kontrak golongan itu dilanjutkan melebihi empat tahun, Noor Hisham juga berharap sebuah jawatankuasa khas diketuai kementerian dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan dapat merealisasikan perkara itu bersama caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata kementerian meletakkan “harapan tinggi” bahawa Akta Pencen akan dipinda dan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh dua tahun ketika 23,000 pegawai menerima lanjutan tempoh kontrak mereka.

Noor Hisham juga percaya semua Ahli Parlimen akan menyokong pindaan itu dengan sepenuh hati.

Sementara itu katanya, semua pegawai kontrak juga masih boleh meneruskan pengajian pasca siswazah.

“Harapan kami bahawa dalam tempoh dua tahun atau kurang, mereka akan diserapkan ke jawatan dengan caruman KWSP.”

Semalam, doktor kontrak di beberapa hospital utama keluar beramai-ramai untuk menyertai bantahan Hartal Doktor Kontrak secara aman bagi menuntut laluan kerjaya yang adil untuk mereka ditawarkan faedah sama seperti pegawai perubatan tetap.

Bantahan itu dibuat beberapa hari selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan kontrak dua tahun untuk pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi selain tajaan bagi mengikuti pengajian kepakaran.

Beliau berkata kerajaan juga melanjutkan kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang telah diterima ke program kepakaran dalam dua tahun pertama tempoh kontrak kepada sehingga empat tahun.

Noor Hisham berkata dalam usaha menuntut persekitaran kerja dan masa depan lebih baik untuk pegawai kontrak, “kita mungkin akan menderita dan terluka dalam perjalanan ini”

“Bagaimanapun, saya lebih suka dengan penyelesaian secara baik melalui rundingan dan bukannya demonstrasi terutama ketika waktu sukar dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo