NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes seleweng dana parti, Saddiq jerat diri sendiri?

PETALING JAYA: Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Bersatu dibatal pendaftaran ketika dia didakwa memegang dana untuk Armada – sayap pemuda parti itu – pada awal April 2018.

Syed Saddiq dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan menyeleweng dana berjumlah RM1.2 juta yang dikatakan milik parti itu pada 22 Julai 2021. Beliau mengaku tidak bersalah.

Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan dana dari 8-12 April 2018, namun, dalam siaran langsung di Facebook pada 22 Julai 2021, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan pendaftaran Bersatu digantung buat sementara waktu pada 3 April 2018.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengambil tindakan itu setelah Bersatu gagal mengemukan dokumen dan butiran mesyuarat agung tahunan sebagaimana yang dikehendaki.

“Apabila pendaftaran parti digantung, akaun bank parti juga digantung dan begitu juga semua program parti,” kata beliau.

Justeru, kata Syed Saddiq, selepas tarikh berkenaan, beliau mengadakan program menjana dana atas kapasiti peribadinya sebagai calon kerusi parlimen Muar pada PRU14, dan bukan atas nama Bersatu.

Syed Saddiq dituduh mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta dari dana Pemuda Bersatu tanpa kebenaran Majlis Tertinggi Bersatu dan menyalahgunakan sumbangan sebanyak RM120,000 untuk kempen Bersatu pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

Berhubung tuduhan pertama terhadapnya, beliau berkata bendahari sayap Pemuda yang menandatangani sebarang pengeluaran dana.

(Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/22/pengumpulan-dana-saya-dibuat-selepas-bersatu-diharamkan-kata-syed-saddiq/)

Jika benar dakwaan Saddiq “Apabila pendaftaran parti digantung, akaun bank parti juga digantung dan begitu juga semua program parti,” maka tindakan "bendahari sayap Pemuda yang menandatangani sebarang pengeluaran dana" itu juga boleh diragui, maka bukankah akan timbul isu "mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta dari dana Pemuda Bersatu tanpa kebenaran Majlis Tertinggi Bersatu"? Sepatutnya dibahaskan di mahkamah, tapi Saddiq sudah bahaskan di Youtube pula.

Saddiq jerat diri sendiri?

#Kini360 #IsuSemasa #LihatPelbagaiSudut

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo