NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes COVID-19 meningkat, tempahan jet peribadi turut meningkat, tinggalkan negara.

Foto: Ilustrasi Pesawat Jet. (Photo: Business Wire via AP)

JAKARTA: Tempahan untuk menyewa jet peribadi melonjak ketika kes jangkitan Covid-19 di Indonesia meledak kebelakangan ini.

CNBC Indonesia melaporkan, menurut Indo Jet yang menawarkan perkhidmatan sewa jet peribadi, selain tujuan domestik, permintaan yang tinggi juga meningkat bagi sektor antarabangsa.

Menurutnya, perkhidmatan disediakan untuk warga asing pulang ke negara asal terutama ketika kes Covid-19 semakin meningkat.

Pengarah PT Indojet Sarana Aviasi, Stefanus Gandi menjelaskan, pertambahan slot penerbangan ketika darurat ini meningkat 25 peratus.

Sebelumnya jelasnya beliau, sewa jet peribadi sekitar empat kali sebulan tetapi kini melonjak sehingga lapan penerbangan.

“Bulan depan banyak tempahan untuk ke Australia.

“Jadi dalam satu minggu terakhir ini sudah ada 100 orang mendaftar untuk bulan Ogos hingga September ke Australia,” katanya.

Katanya, ada juga tempahan untuk ke Korea Selatan.

Baru-baru ini media melaporkan berlaku gelombang keluar dari Indonesia dalam kalangan ekspatriat kerana kenaikan kes Covid-19, bermula dengan mereka dari Jepun, Taiwan dan Vietnam.

NHK melaporkan, perusahaan Jepun membawa pulang pekerjanya yang bekerja di negara ini kembali ke tanah air.

Media Focus Taiwan juga melaporkan sudah ada 90 ahli perniagaan dan ekspatriat dari negara itu kembali ke negara asal dan terbang dengan pesawat sewa khas Batik Air pada 28 Julai ini.

Semalam, jangkitan Covid-19 di negara ini melonjak kepada 49,509 kes.

- Utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo