KUALA LUMPUR: Tulisan pemimpin ‘de facto’ DAP, Lim Kit Siang mengenai ‘kerajaan Allah’ dianggap menguris perasaan jutaan umat Islam di negara ini.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Mohd Zai Mustafa berkata, pemimpin DAP terbabit sanggup menyentuh sensitiviti agama Islam dengan mengaitkan situasi pandemik Covid-10 dengan politik.
Katanya, sebenarnya perbuatannya sangat melampau dan keterlaluan.
Advertisement
“Inilah tindakan mempolitikkan agama, cuba mengelirukan dan membuat provokasi agama Islam dengan tulisan yang mempersenda dan yang melampaui batas,” katanya pada kenyataan hari ini.
Kit Siang sebelum ini memaparkan tulisan Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government.
Mohd Zai juga berkata, UMMAH meneliti kenyataan yang dikeluarkan itu secara jelas dan terang-terangan menghina pengertian ‘Kerajaan Allah’.
Menurutnya perbuatan pemimpin DAP tidak dapat diterima umat Islam di negara ini.
“Ummah menyeru umat Islam, pemimpin NGO dan pemimpin masyarakat di negara ini membuat bantahan terhadap kenyataan yang biadap tersebut.
“Ummah juga menyeru pihak berkuasa, para mufti dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang keras terhadap kenyataan yang menghina, dengan membuat tafsiran mempersenda Islam secara terbuka.
“Ia boleh membawa natijah memesongkan agama Islam di negara ini. Islam adalah agama Persekutuan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
Kata beliau juga menjaga kesucian agama Islam adalah tanggungjawab mufti dan Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, kenyataan Kit Siang cuba mewujudkan kesangsian, mempersenda, memperlekehkan, memfitnah dan menyeleweng pernyataan ‘Kerajaan Allah’ kerana berbeza fahaman politik.
“Ini adalah bukti betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanamkan kebencian dan membawa idealisme liberal dan kebebasan pemikiran dari keimanan umat Islam,” katanya.
Menurutnya juga permainan politik melampau, kebencian serta mempermainkan sentimen agama Islam merupakan agenda politik DAP yang pasti ditolak umat Islam di negara ini. – HARAKAHDAILY 6/7/2021
https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/06/kenyataan-pemimpin-dap-guris-perasaan-umat-islam/
https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/06/kenyataan-pemimpin-dap-guris-perasaan-umat-islam/
No comments
Post a Comment