Hari ini tersebar iklan pengambilan pelajar baru untuk program ijazah pendidikan di IPG. Saya menyokong pengambilan pelajar-pelajar baru ini untuk memantapkan sistem pendidikan negara. Ia adalah langkah yang sangat baik dalam melahirkan guru-guru pelapis yang berkekayakan.
Tetapi ramai sekali orang yang bersuara. Kenapa UEC masih diiktiraf sebagai salah satu sijil yang diperakui untuk memasuki IPG. Adakah Kerajaan PN masih berjiwa DAP? Adakah mereka mahu melanjutkan agenda DAP pada zaman PH dahulu? Atau mereka mahu menghancurkan kebangsaan negara ini secara beransur-ansur? Adakah Menteri Pendidikan tidak peka? Bayangkan, jika hari ini KPM mengiklan penerimaan UEC dan semua rakyat berdiam diri, mungkinkah suatu hari UEC akan diiktiraf setaraf dengan SPM. Ketika itu, apakah makna sistem pendidikan kebangsaan?
Saya teringat pesanan bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Datuk Zulkifli Mohammad,
"Kalau bangsa Melayu tidak sedar hakikat perjuangan, maka dalam masa yang tidak lama lagi, bangsa Melayu akan tenggelam dalam gelombang bangsa yang menumpang."
Tidak cukupkah isu ladang babi di Pulau Pinang dan isu musang king di Raub menjadi pengajaran. Wahai pemimpin dan menteri PN, jangan sampai anak-cucu kita kencing di kubur kalian!
Sumber: https://www.facebook.com/mohdfadli.ghani.77/posts/373465434362371
Sumber: https://www.facebook.com/mohdfadli.ghani.77/posts/373465434362371
No comments
Post a Comment