IKTIKAF
Bahagian 2
RUKUN-RUKUN IKTIKAF
Bermula rukun-rukun iktikaf itu ada dua yaitu berniat dan berhenti dalam masjid.
1. BERNIAT
Diwajibkan berniat iktikaf sebagaimana diwajibkan berniat pada ibadah-ibadah yang lain seperti solat dan puasa dan zakat dan haji dan lainnya.
Dan tidak disyaratkan menyebut sunat pada niat iktikaf yang sunat kecuali iktikaf itu adalah iktikaf yang wajib seperti iktikaf yang dinazarkan.
Berkata Syeikh Al-Bujairimi :
Ų£َŲَŲÆُŁَŲ§ (ŁِŁَّŲ©ٌ) ŁَŲŗَŁْŲ±ِŁِ Ł
ِŁْ Ų§ŁْŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆَŲ§ŲŖِ (ŁَŲŖَŲ¬ِŲØُ ŁِŁَّŲ©ٌ ŁَŲ±ْŲ¶ِŁَّŲ©ٌ ŁِŁ ŁَŲ°ْŲ±ِŁِ) ŁِŁَŲŖَŁ
َŁَّŲ²َ Ų¹َŁْ Ų§ŁŁَّŁْŁِ
Artinya : “Salah satu dari rukun iktikaf itu ialah niat seperti selainnya dari segala ibadah. Dan wajib niat fardu pada iktikaf nazar supaya membezakan dari iktikaf yang sunat.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)
Contoh niat iktikaf itu yaitu hadirkan di dalam hati pada permulaan masuk ke dalam masjid :
“Aku berniat iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Taala.”
Tanpa berniat iktikaf maka jadilah duduknya di dalam masjid itu duduk adat dan dengan berniat maka jadilah duduknya duduk ibadat.
Apabila seorang telah berniat itikaf pada kadar suatu masa seperti hendak beriktikaf satu jam atau setengah hari atau sehari atau seumpamanya tetapi terpaksa keluar sebab keperluan seperti keluar mengambil wuduk misalnya maka ketika dia masuk kembali ke dalam masjid dia tidak perlu lagi mengulangi niat.
Adapun jika keluar bukan sebab keperluan seperti pulang sekejap ke rumah atau keluar berjumpa seseorang maka hendaklah dia berniat semula ketika dia masuk ke dalam masjid.
Berkata Imam Nawawi :
Ų„ِŲ°َŲ§ Ų¹َŁَّŁَ Ų²َŁ
َŲ§ŁًŲ§، ŲØِŲ£َŁْ ŁَŁَŁ Ų§Ų¹ْŲŖِŁَŲ§Łَ Ų“َŁْŲ±ٍ Ų£َŁْ ŁَŁْŁ
ٍ، ŁَŁَŁْ ŁُŲ“ْŲŖَŲ±َŲ·ُ ŲŖَŲ¬ْŲÆِŁŲÆُ Ų§ŁŁِّŁَّŲ©ِ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŁَŲ¹َŲ§ŲÆَ؟ ŁِŁŁِ Ų£َŁْŲ¬ُŁٌ.
Ų£َŲµَŲُّŁُŁ
َŲ§: Ų„ِŁْ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŁِŁَŲ¶َŲ§Ų”ِ Ų§ŁْŲَŲ§Ų¬َŲ©ِ، ŁَŁ
ْ ŁَŲ¬ِŲØِ Ų§ŁŲŖَّŲ¬ْŲÆِŁŲÆُ، ŁِŲ£َŁَّŁُ ŁَŲ§ ŲØُŲÆَّ Ł
ِŁْŁُ، ŁَŲ„ِŁْ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŁِŲŗَŲ±َŲ¶ٍ Ų¢Ų®َŲ±َ، ŁَŁَŲ§ ŲØُŲÆَّ Ł
ِŁَ Ų§ŁŲŖَّŲ¬ْŲÆِŁŲÆِ، ŁَŲ³َŁَŲ§Ų”ٌ Ų·َŲ§Łَ Ų§ŁŲ²َّŁ
َŲ§Łُ، Ų£َŁ
ْ ŁَŲµُŲ±َ.
Artinya : “Apabila seorang telah menentukan satu masa seperti dia berniat iktikaf selama sebulan atau sehari maka adakah disyaratkan membarukan niat apabila dia keluar dari masjid kemudian masuk semula? Padanya ada beberapa wajah. Yang paling sahihnya apabila dia keluar itu kerana hajat maka tidak wajib dia barukan semula niat kerana dia memerlukan kepada hajatnya itu dan jika dia keluar kerana tujuan lain maka mestilah dia barukan semula niat samada panjang masa keluarnya atau pendek.” (Kitab Raudhah At-Talibin)
Dan yang dikira telah keluar dari masjid itu ialah keluar ia dari tempat yang digunakan untuk solat seperti keluar ia ke tangga masjid atau tempat simpan barang atau seumpamanya yang ada dibanggunan masjid kerana tempat-tempat tersebut bukan lagi dikira sebagai masjid.
Ada pun beranda sebelah luar dewan solat samada pada bahagian tepi atau belakang masjid yang masih diguna untuk bersolat ketika ramai orang maka masih lagi dikira masjid.
Maka jikalau seorang masuk dalam masjid kerana satu tujuan yang bangsa dunia atau tidak hadir di dalam hatinya tujuan masuknya itu nescaya tidak dikira tinggalnya di dalam amsjid itu sebagai iktikaf pada syarak.
Dan yang afdhal hendaklah berniat pada awal masuknya ke dalam masjid supaya mendapat ia akan pahala iktikaf dari awal masuknya.
Jika orang yang beriktikaf berniat keluar dari masjid tetapi tidak keluar ia maka iktikafnya tidak batal.
Berkata Imam Nawawi :
ŁَŁْ ŁَŁَŁ Ų§ŁْŲ®ُŲ±ُŁŲ¬َ Ł
ِŁَ Ų§ŁِŲ§Ų¹ْŲŖِŁَŲ§Łِ، ŁَŁ
ْ ŁَŲØْŲ·ُŁْ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁْŲ£َŲµَŲِّ ŁَŲ§ŁŲµَّŁْŁ
ِ
Artinya : “Kalau seorang yang sedang iktikaf berniat untuk keluar dari masjid nescaya belum batal iktikafnya sama seperti pada masalah puasa.” (Kitab Raudhah At-Talibin)
Jika seorang itu duduk di dalam masjid selama sebulan dan pada hari yang tekahir baru dia berniat iktikaf maka dia dikira beriktikaf selama sehari sahaja.
Adalah disunatkan bagi orang yang masuk ia ke dalam masjid berniat itikaf sekalipun kedatangannya ke masjid itu dengan tujuan yang lain supaya dia tidak terlepas mendapat pahala orang yang beritikaf.
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :
(ŁَŁُŲ³ْŲŖَŲَŲØُّ ŁُŁَّŁ
َŲ§ ŲÆَŲ®َŁَ Ų§ŁْŁ
َŲ³ْŲ¬ِŲÆَ Ų£َŁْ ŁَŁْŁِŁَ Ų§ŁِŲ§Ų¹ْŲŖِŁَŲ§Łَ) ŁِŁَŁَŲ§Łَ ŁَŲ¶ِŁŁَŲŖَŁُ
Artinya : “Dan disunatkan setiap kali masuk seorang ke dalam masjid dia berniat iktikaf supaya mendapatkan akan kelebihannya.” (Kitab Asanal Matalib)
2. BERADA DALAM MASJID
Disyaratkan ibadah iktikaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid maka tiada sah iktikaf di rumah atau di dalam banggunan atau di padang atau di pasar atau di luar masjid atau seumpamanya yang bukan dinamakan masjid.
Dan sekurang-kurang sah iktikaf itu ialah masa yang sekejap akan tetapi sebaiknya dalam masa yang lebih lama dari masa yang dinamakan sekejap.
Dan begitu juga sah iktikaf tanpa duduk tetapi dengan hanya berdiri sahaja atau bergerak di dalam masjid.
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
ŁŲ§ŁŲ£ŲµŲ Ų¹ŁŲÆ Ų§ŁŲ“Ų§ŁŲ¹ŁŲ© Ų£ŁŁ ŁŲ“ŲŖŲ±Ų· ŁŁ Ų§ŁŲ§Ų¹ŲŖŁŲ§Ł ŁŲØŲ« ŁŲÆŲ± ŁŲ³Ł
Ł Ų¹ŁŁŁŲ§ً Ų£Ł Ų„ŁŲ§Ł
Ų©، ŲØŲŁŲ« ŁŁŁŁ Ų²Ł
ŁŁŲ§ ŁŁŁ Ų²Ł
Ł Ų§ŁŲ·Ł
Ų£ŁŁŁŲ© ŁŁ Ų§ŁŲ±ŁŁŲ¹ ŁŁŲŁŁ، ŁŁŲ§ ŁŁŁŁ ŁŲÆŲ±ŁŲ§، ŁŁŲ§ ŁŲ¬ŲØ Ų§ŁŲ³ŁŁŁ، ŲØŁ ŁŁŁŁ Ų§ŁŲŖŲ±ŲÆŲÆ ŁŁŁ
Artinya : “Dan pendapat yang paling sahih disisi mazhab Syafie bahawasanya disyaratkan pada iktikaf itu ialah tinggal dalam masjid kadar masa dinamakan ittikaf yaitu mendiami dengan sekira-kira adalah masanya lebih dari kadar tumakninah pada rukuk dan seumpamanya. Maka tidaklah memadai hanya sekadar masa tumakninah sahaja dan tidak wajib diamkan diri tidak bergerak bahkan memadai jika bergerak-gerak di dalam masjid.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :
ŁَŁَŲ§ ŁŲ“ْŲŖَŲ±Ų· Ų§ŁŲ³ّŁُŁŁ ŲØŁ ŁَŲµŲ Ų§ŁِŲ§Ų¹ْŲŖِŁَŲ§Ł Ł
َŲ¹َ Ų§ŁŲŖَّŲ±َŲÆُّŲÆ ŁِŁ Ų£َŲ·ْŲ±َŲ§Ł Ų§ŁْŁ
َŲ³ْŲ¬ِŲÆ ŁَŁ
َŲ§ ŁŲŲ±Ł
Ų°َŁِŁ Ų¹ŁŁ Ų§ŁْŲ¬ŁŲØ ŁَŁَŲ°َŲ§ ŁَŲµŲ Ų§ŁِŲ§Ų¹ْŲŖِŁَŲ§Ł ŁَŲ§Ų¦ِŁ
Ų§
Artinya : “Tidak disyaratkan iktikaf itu diam tidak bergerak bahkan sah iktikaf serta ada peregrakan kesana kemari di dalam masjid sebagaimana diharamkan yang demikian itu ke atas orang yang junub. Dan seperti demikian juga sah iktikaf dalam keadaan berdiri.” (Kitab Kifayatul Akhyar)
Akan tetapi jika seorang itu masuk dari pintu kiri kemudian terus keluar ke pintu kanan atau seumpamanya maka tidak dinamakan iktikaf kerana tidak dikira sebagai mendiami masjid atau berhenti di dalamnya dan hanyalah perbuatan begitu dinamakan melintas maka hanya sekadar melintas sahaja di dalam masjid tidaklah dinamakan iktikaf.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
ŁŁŲ§ ŁŁŁŁ Ł
ŁŲ« Ų£ŁŁ Ł
Ų§ ŁŲ¬Ų²Ų¦ ŁŁ Ų·Ł
Ų£ŁŁŁŲ© Ų§ŁŲµŁŲ§Ų© ŁŁ
Ų¬Ų±ŲÆ Ų§ŁŲ¹ŲØŁŲ±؛ ŁŲ£Ł ŁŁŲ§ Ł
ŁŁŁ
Ų§ ŁŲ§ ŁŲ³Ł
Ł Ų§Ų¹ŲŖŁŲ§ŁًŲ§
Artinya : “Maka tidak memadai berhenti dalam masjid lebih sedikit dari masa yang memadai bagi tumakninah solat seperti sekadar lalu sahaja kerana sungguhnya tiap-tiap dari keduanya ini tidak dinamakan sebagai iktikaf.” (Kitab Minhajul Qawwim)
Akan tetapi sekalipun sah iktikaf dalam kadar masa yang sekejap sangat adalah yang sekurang-kurang sempurnanya kadar masa iktikaf itu ialah sehari dan adalah Imam Abu Hanifah mensyaratkan sekurang-kurang masa iktikaf itu sehari.
Berkata Imam As-Syairazi :
ŁŲ§Ł Ų§ŁŲ“Ų§ŁŲ¹Ł Ų±ŲŁ
Ł Ų§ŁŁŁ: ŁŲ£ŲŲØ Ų£Ł ŁŲ¹ŲŖŁŁ ŁŁŁ
Ų§ً ŁŲ„ŁŁ
Ų§ Ų§Ų³ŲŖŲŲØ Ų°ŁŁ ŁŁŲ®Ų±Ų¬ Ł
Ł Ų§ŁŲ®ŁŲ§Ł ŁŲ„Ł Ų£ŲØŲ§ ŲŁŁŁŲ© Ų±ŲŁ
Ł Ų§ŁŁŁ ŁŲ§ ŁŲ¬ŁŲ² Ų£ŁŁ Ł
Ł ŁŁŁ
Artinya : “Telah berkata olih Imam Syafie : Aku sunatkan bahawa iktikaf seorang itu selama satu hari. Dan sungguhnya aku sunatkan yang demikian itu supaya keluar dari perselisihan kerana sungguhnya Imam Abu Hanifah tidak mengharuskan iktikaf kurang dari satu hari.” (Kitab Al-Muhazzab)
Ulamak sepakat mengatakan sah iktikaf di masjid jami’ (Ų§ŁŲ¬Ų§Ł
Ų¹) dan masjid jemaah (Ų§ŁŲ¬Ł
Ų§Ų¹Ų©).
Arti masjid jami’ ialah masjid yang dirikan padanya solat jumaat dan arti masjid jemaah ialah masjid yang didirikan padanya solat jemaah tetapi tidak solat jumaat dan setengah fuqahak memasukkan surau dan musholla dalam hukum masjid jemaah dengan syarat ia dibina asing pada tempat yang khusus yang segala aturcara dan dan pengisiannya sama seperti sebuah masjid.
Dan bermula iktikaf dalam masjid yang didirikan solat jumaat itu lebih afdhal dari masjid yang tidak didirikan jumaat padanya.
Berkata Syeikh Al-Mubarakfuri :
ŁŁŲµŲ Ų§ŁŲ§Ų¹ŲŖŁŲ§Ł ŁŁ ŁŁ Ł
Ų³Ų¬ŲÆ ŲŖŁŲ§Ł
ŁŁŁ Ų§ŁŲ¬Ł
Ų§Ų¹Ų©، ŁŁŲ§ ŁŲ¬ŁŲ² ŁŁ ŲŗŁŲ±Ł، ŁŁŲ§ ŁŲ“ŲŖŲ±Ų· Ł
Ų³Ų¬ŲÆ Ų§ŁŲ¬Ł
Ų¹Ų©، ŁŲ„Ł ŁŲ§Ł ŁŁ Ų£ŁŲ¶Ł
Artinya : “Maka sah iktikaf pada sekelian masjid yang didirikan padanya jumaat. Dan tiada harus iktikaf pada selain masjid. Dan tidak disyaratkan iktikaf itu pada masjid yang didirikan jumaat sekalipun adalah ia lebih afdhal.” (Kitab Mir’atul Mafatih)
Adapun iktikaf di tempat selain masjid seperti surau maka berlaku perselisihan dikalangan fuqahak yaitu setengahnya mengatakan tidak sah kerana ia bukan dikira masjid dan setengahnya mengatakan sah kerana dilihat pada tujuan ia dibina khusus untuk solat berjemaah kerana berdalil sebuah atsar dartipada Aisyah r.a. beliau berkata :
ŁŁŲ§ Ų§Ų¹ŲŖŁŲ§Ł Ų„ŁŲ§ ŁŁ Ł
Ų³Ų¬ŲÆ Ų¬Ł
Ų§Ų¹Ų©
Artinya : “Dan tiada iktikaf melainkan di dalam masjid yang ada berjemaah.” (Riwayat Al-Baihaqi)
Begitu juga berkata setengah mereka itu sah iktikaf di surau yang ada didirikan solat jumaat disitu.
wallahua’lam
No comments
Post a Comment