NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Darurat tidak dilanjutkan – Takiyuddin




KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan proklamasi darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan semua enam Ordinan Darurat yang dilaksanakan sepanjang tempoh ia dikuatkuasakan.

“Pembatalan semua ordinan darurat ini berkuatkuasa 21 Julai lalu,” kata beliau pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Ke-14 Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga menjelaskan Mesyuarat Khas Parlimen juga mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sidang Parlimen ini akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga 29 Julai dan pada 2 Ogos.

Pembatalan Ordinan Darurat itu turut menarik perhatian Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang meminta penjelasan jika ia berkuat kuasa bermakna saman atau kompaun yang dikenakan sepanjang tempoh tersebut turut terbatal.

“Proses pengundian juga perlu diadakan bagi mendapat sokongan ahli Parlimen,” katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan membatalkan Ordinan Darurat tidak boleh dibuat dakwanya secara sepontan sebaliknya perlu melalui proses undang-undang yang betul.

Katanya, ia adalah selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan dan Institusi Diraja yang perlu dipertahan.

“Ini bukan pasar malam, tidak boleh. Kita nak lihat kertas pembentangan sebelum dibahas dan diluluskan,” katanya.

– BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo