Selain itu, sebanyak 891 kematian baharu akibat wabak berkenaan dilaporkan, menjadikan jumlahnya mencecah 67,355, setakat ini.
The Jakarta Post melaporkan, Indonesia telah mencatat lebih 2.5 juta kes COVID-19 secara keseluruhan.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan, berkata kes COVID-19 di negara ini dijangka menurun, minggu depan, susulan pelaksanaan sekatan pergerakan yang ketat di Kepulauan Bali dan Jawa pada 3 Julai lalu.
"Dengan vaksinasi, penguatkuasaan PPKM (Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat) (Darurat), dan penambahbaikan bekalan ubat-ubatan, oksigen serta katil hospital, keadaan bakal menjadi lebih baik," katanya pada sidang media, semalam.
No comments
Post a Comment