Jika memakai topi juruaudit,
1. Saya sungguh gembira melihat 1 NGO kecil cukup berani, bersedia dan berkeyakinan membentangkan kunci kira-kira dan dokumen-dokumen sokongannya kepada khalayak 1 Malaysia untuk dibaca, dinilai dan dinasihati.
2. Apa saja dokumen sokongan hitam putih adalah 'makanan' untuk juruaudit. Jika kalian 'kenyangkan' mereka dengan 'makanan' itu, maka diamlah dia. Sebagai CEO CGM, Nadir dilihat sangat well-verse membentangkan dokumen-dokumen kecil seperti project paper, laporan akhir projek, dokumen tender terbuka pek makanan dll yang menunjukkan beliau bukan saja macro manage malah micro manage pasukan CGM. Fact and evidence based, bukan cakap kosong, itu yang juruaudit suka lihat.
3. Bercakap-cakap, beremosi panjang-lebar, tanpa fact and figure adalah sesuatu yang tidak menguntungkan. Lagi banyak 'goreng' lagi banyak yang akan ditangkap oleh telinga & mata juruaudit. Dari satu penemuan membawa kepada penemuan yang berikutnya.
4. Keterbukaan dan kesediaan CGM mempelawa sesiapa saja yang berminat ke premis mereka semasa LIVE tadi untuk melihat sendiri dokumen-dokumen sokongan adalah satu mesej jelas bahawa pihak pengurusan CGM sangat positif, bersedia dan telus untuk disemak-imbang.
5. Syarat wajib untuk NGO berdaftar dengan ROS adalah menghantar penyata tahunan kepada ROS untuk disemak. Tapi bagi tahun 2020, CGM memilih untuk menambah nilai kepada gerak kerja pengurusan NGO mereka iaitu membuat audit ke atas akaun NGO mereka. Satu penambahbaikan bonus yang juruaudit suka untuk lihat dan dengar.
6. Daripada awal diperkenalkan pasukannya, menunjukkan mereka bekerja berpasukan dan ada pembahagian tugas masing-masing. Nadir sebagai CEO CGM konsisten bahasakan diri sebagai 'kami' bukan 'saya'. Elemen yang juruaudit senang untuk lihat, top management yang bertanggungjawab terhadap pasukan dan kerja-kerja seliannya.
Namun jika saya memakai topi sukarelawan NGO pula,
1. Jujur,saya melihat CGM telah meletakkan standard kerja yang tinggi untuk NGO-NGO lain contohi, tak kiralah samada NGO kecil mahupun besar. CGM, satu NGO kecil, namun kecil-kecil cili padi. Namanya kurang tular di kalangan rakyat Malaysia sebelum ini tapi sangat professional, kemas dan tersusun gerak kerjanya. Data-data, aktiviti-aktiviti, gambar-gambar dan segala dokumentasi dipaparkan secara kemas, sistematik dan teratur. Townhall secara live seperti ini pun barangkali perintis, pertama kali dibuat di kalangan NGO untuk membentangkan kunci kira-kiranya secara telus untuk tontonan rakyat 1 Malaysia. Hikmahnya dari kemelut ini, CGM telah menjadi penunjuk jalan untuk NGO-NGO kecil lain turut sama belajar memperbaiki sistem kerja masing-masing.
2. CGM dilihat sentiasa bersedia. Sebelum orang persoalankan lagi mereka sudah menghantar laporan kepada ROS tanpa culas setiap tahun. Untuk NGO yang berdaftar di bawah ROS, bukanlah wajib dibuat audit akaun mereka, cukup sekadar menghantar penyata tahunan. Tapi untuk tahun 2020 sebelum diminta orang awam lagi, CGM sendiri sudah memilih untuk membuat audit akaun mereka.
3. CGM telah meletakkan satu benchmark pengurusan gerak kerja NGO yang membanggakan rakyat Malaysia di luar negara. Pengajarannya, meskipun entiti NGO hanyalah bersifat gerak kerja sukarelawan, bukan profit oriented, namun begitu kita tak boleh menjadikannya satu kerja yang ala-kadar sahaja.
4. Jiwa besarnya CGM tidak lari daripada fokus utamanya,'customer first' iaitu rakyat Palestine. Dengan kemelut yang berlaku, boleh saja mereka diamkan diri tapi CGM terus move forward tanpa menoleh ke belakang. Ibrahnya untuk pengerak NGO, tak boleh mudah patah semangat, jangan lari fokus dan tak boleh buat separuh jalan walau macam mana hebat pun halangan yang mendatang.
5. CGM buktikan mereka bekerja sebagai satu gerabak pasukan. Waktu berkerja pun satu pasukan. Ketika polemik ini lagi kuat mereka mendepaninya secara satu pasukan, sokong menyokong dan saling menguatkan. Itu pelajaran mahal untuk semua pengerak NGO, semua sukarelawan.
Cukuplah itu saja antara coretan juruaudit cabuk yang baru 13 tahun berkecimpung dalam bidang audit dan baru 7 tahun bertatih sebagai sukarelawan NGO. Mohon jangan tulis yang bukan-bukan. Saya bukan siapa-siapa. Dan bukan mengapi-apikan atau mengadu-domba sesiapa. Sekadar berminat dengan sesi townhall tadi yang banyak memberi nilai tambah untuk muhasabah dan fokus belajar perbaiki diri sendiri.
Kemelut ini pasti ada hikmah, ujian berbalut hadiah!
Kalau bukan untuk mereka, pasti untuk kita.
#tenangtenangsajalah
#belajarterusbelajar
Sumber : FB Nur Haslaily
No comments
Post a Comment