Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti dengan serius peningkatan beberapa isu yang terkait dengan Agama, Budaya, dan Raja-Raja Melayu di media sosial yang mempersenda, mengejek, memprovokasi, dan menghina menggunakan platform media sosial secara aktif dan terancang.
Keadaan ini akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni, curiga dan terganggu dalam media sosial mahu pun di realiti, bahkan akan menimbulkan lagi suasana saling serang menyerang diantara satu sama lain.
Isu Agama, Kaum dan Raja-Raja adalah isu yang dikategorikan sebagai isu yang sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh diprovokasikan dimana-mana keadaan sekali pun.Semua pihak hendaklah menghormatinya.
UMMAH memohon kepada Dato Saifuddin Abdullah agar TEGAS dan SERIUS untuk memberikan arahan memberhentikan perkara yang sedemikian. Ini adalah imej Kerajaan Perikatan Nasional.
Arahan kepada SKMM perlulah jelas dan tegas. Perkara yang sedemikian perlu dihentikan dengan segera dimedia sosial.
Ini adalah hak asasi yang perlu diuruskan sebaiknya dalam kepelbagaian kaum dan agama, dengan sikap saling menghormati berteraskan semangat 'MALAYSIA' Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang perlu difahami dengan jelas oleh semua rakyat.
Sehubungan itu kerjasama bersama kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Agama melalui agensi-agensi yang terkait perlulah diselaraskan segera bagi menyekat perkara yang sedemikian daripada berleluasa berlaku.
Sebagai contoh FB pro LGBTQ yang mempersendakan nama Allah di baju dengan 'ALLAH is Gay' berlatar belakang Kaabah, menghina YDPA dengan kata-kata kesat seperti FB Iswardyi Morni dan sekutunya, serta lain-lain FB yang aktif menghina Agama dan Sunnah. Ini sangat bertentangan dengan undang-undang negara sedia ada.
Kami percaya Dato Saifuddin Abdullah menpuyai kuasa penuh keatas SKMM yang mengawal selia ke atas platform media sosial yg membenarkan provokasi ini.
Terdapat berapa aduan FB yang telah dibuat tetapi telah dikembalikan oleh FB Malaysia sebagai tidak melanggar sensitiviti atau standard komuniti mengikut takrifan mereka.
FB Malaysia jelas tidak memahami aspirasi keharmonian semangat rakyat Malaysia berdasarkan Perlembagan Persekutuan. Tindakan mereka lebih 'bias' kepada takrifan barat.
Ini akan lebih menyebabkan post/hantaran yang menghina, mempersenda dan mengejek agama, budaya, Raja-Raja akan lebih aktif berleluasa.
Dato Saifuddin mesti merangka satu polisi media sosial yang lebih efektif yang sesuai untuk membangun komuniti masyarakat Malaysia yang lebih harmoni dan bertamaddun. Ini boleh dicapai dengan mengadakan libaturus semua pihak yang berkepentingan termasuk NGO dan Komuniti masyarakat seluruhnya.
Kerajaan PN adalah kerajaan alternatif kepada rakyat, dan bukan kerajaan yang gagal.
MOHD ZAI MUSTAFA.
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
9 Jun 2021
No comments
Post a Comment