NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PEMULIH : Bantuan RM500 seorang untuk 3 bulan bantu OKU hilang kerja


KUALA LUMPUR, , 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, inisiatif itu akan memanfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 juta.

“Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU, bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan,” katanya.

Bagi tujuan itu Muhyiddin berkata, sejumlah RM20 juta diperuntukkan dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu.

Menerusi PEMULIH, Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberikan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan.

Beliau berkata ia termasuk gim, boling, futsal dan sebagainya, yang turut terkesan memandangkan hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo