NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PN lancar aplikasi AkuPN


KUALA LUMPUR : Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini melancarkan Platform Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN) yang menampilkan tiga aplikasi khusus bagi memperkasa belia.

Ketua Pemudanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata tiga komponen aplikasi itu ialah 'Cari Kerja', 'Skil' dan 'Sapot'.

Katanya, melalui aplikasi itu, belia berpeluang menjana pendapatan, meningkatkan kemahiran dan memulakan langkah dalam bidang keusahawanan.

"Aplikasi 'Cari Kerja' adalah usaha memudah cara hubungan di antara industri dan lapangan pekerjaan dengan rakyat mencari kerja.

"Usaha ini dipermudah cara melalui ikhtiar penciptaan resume dan kerjasama bersama MYFutureJobs yang menyediakan ratusan ribu penempatan pekerjaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

AkuPN yang boleh dilayari di https://akupn.my/ adalah insiatif Pemuda PN untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara menghubungkan rakyat dan kerajaan.

Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendapati terdapat lebih 700,000 kekosongan jawatan sehingga mendorong kerajaan menyediakan program latihan kemahiran melalui Belanjawan 2021 dan Pakej Rangsangan Ekonomi.

AkuPN menjadi pemudah cara kepada belia mencari pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan memulakan perniagaan. - Khairil Nizam

Menjelaskan mengenai aplikasi 'Skil', Khairil Nizam, berkata ia adalah usaha memudah cara hubungan di antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan peluang kepada rakyat menggilap kemahiran.

Katanya, aplikasi 'Sapot' pula adalah usaha memudah cara usahawan baharu dan peniaga kecil yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan.






No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo