.
Satu maklumat telah diterima bahawa semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO dalam kabinet Kerajaan akan akan tanda tangan satu Akujanji yang menyatakan mereka akan bersama PM Muhyiddin sehingga PRU ke-15.
Majlis tanda tangan tersebut akan diadakan pada hari ini dan akan disaksikan oleh PM sendiri. Kalau benar berita ini, bermakna Menteri dan Timbalan Menteri UMNO jelas menolak gerakan yang sedang dijalankan oleh Zahid Hamidi dan konco-konco.
Ini membuktikan bahawa masih ada pimpinan-pimpinan UMNO yang waras dan tidak mahu melihat maruah parti tersebut digadai demi kepentingan diri. Semalam, berita berkenaan beberapa MP UMNO diminta menandatangani SD menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM hangat dibincangkan.
Agenda belakang tabir ini telah didedahkan sendiri oleh DS Shahidan Kassim dalam PC yang diadakan secara live. Ramai ketua-ketua bahagian juga telah menyatakan kegusaran berkenaan gerakan sulit bernama ‘Jajaran Harapan’ ini.
Ada juga suara-suara yang meminta Zahid Hamidi dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar keputusan PAU iaitu ‘No Anwar, No DAP’ baru-baru ini.
.
No comments
Post a Comment