NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan cadang benarkan jemaah lengkap dos vaksin solat di masjid



KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Kelantan sudah mengangkat cadangan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bagi membolehkan hanya jemaah yang sudah melengkapkan suntikan penuh vaksin Covid-19 untuk ke masjid.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, hal ini kerana risiko untuk golongan berkenaan mendapat jangkitan Covid-19 amat rendah.

"Saya amat berharap pihak MAIK dapat mempertimbangkan cadangan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.

Menurutnya, bukan itu sahaja kerajaan Kelantan juga berharap supaya jumlah jemaah yang sudah melengkapkan dos itu tidak dihadkan sebagaimana sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, membawa sejadah perlu diamalkan selain mematuhi penjarakan fizikal sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/143217/EDISI/Kelantan-cadang-benarkan-jemaah-lengkap-dos-vaksin-solat-di-masjid




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo