Minda Presiden PAS
Al-Quran menegaskan bahawa sifat adil merupakan salah satu daripada al-Asma’ al-Husna (nama-nama terbaik bagi Allah SWT) dan adil juga merupakan sifat kesempurnaan yang wajib bagi-Nya.
Perkataan adil tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya mengikut selera akal manusia yang lemah, pada masa yang sama tidak boleh terikut-ikut dengan tafsiran golongan liberal yang menggunakan akal mengatasi petunjuk Allah SWT. Oleh itu, mereka disebutkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
﴿Ų£َŁَŲ±َŲ£َŁْŲŖَ Ł
َŁِ Ų§ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų„ِŁَŁَŁُ ŁَŁَŲ§Łُ ŁَŲ£َŲ¶َŁَّŁُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁَŁ Ų¹ِŁْŁ
ٍ ŁَŲ®َŲŖَŁ
َ Ų¹َŁَŁ Ų³َŁ
ْŲ¹ِŁِ ŁَŁَŁْŲØِŁِ ŁَŲ¬َŲ¹َŁَ Ų¹َŁَŁ ŲØَŲµَŲ±ِŁِ ŲŗِŲ“َŲ§ŁَŲ©ً ŁَŁ
َŁْ ŁَŁْŲÆِŁŁِ Ł
ِŁْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ų§ŁŁَّŁِ Ų£َŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ°َŁَّŲ±ُŁŁَŁ¢Ł£﴾
“Maka pernahkah kamu (wahai Muhammad SAW) melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur ingkar); dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta diletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberikan kepadanya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka, mengapa kalian (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” (Surah al-Jathiyah: 23)
Maka, perlu disedari terdapat perbezaan mafhum tentang adil dan sifat lawannya iaitu zalim mengikut petunjuk al-Quran yang menjadi sumber utama kepada pengertian Islam dan segala istilahnya. Walaupun wujud titik persamaan antara maksud adil dengan tafsiran yang lain dalam beberapa perkara khususnya dari segi sebutan, namun ia tetap berbeza dari sudut prinsip, konsep dan objektifnya.
Takrif adil mengikut Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan betul dan saksama mengikut ketetapan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Maka, lawan bagi sifat adil ialah zalim yang merosakkan juga pada akhirnya. Walaupun perkataan adil ditakrifkan oleh pihak yang lain, tetapi terbukti kelemahan manusia yang bersifat makhluk tetap ada kelemahannya, menjadikan mereka berhajat kepada petunjuk Allah Pencipta alam.
Allah Pencipta alam yang diakui oleh manusia mengikut fitrahnya, yang disebutkan dengan tauhid rububiyyah dalam setiap solat, berpandukan firman Allah SWT:
﴿Ų§ŁْŲَŁ
ْŲÆُ ŁِŁَّŁِ Ų±َŲØِّ Ų§ŁْŲ¹َŲ§ŁَŁ
ِŁŁَŁ¢﴾
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir) sekalian alam.” (Surah al-Fatihah: 2)
Ayat di atas ditafsirkan oleh firman Allah SWT:
﴿ŁَŁَŲ¦ِŁْ Ų³َŲ£َŁْŲŖَŁُŁ
ْ Ł
َŁْ Ų®َŁَŁَ Ų§ŁŲ³َّŁ
َŲ§ŁَŲ§ŲŖِ ŁَŲ§ŁْŲ£َŲ±ْŲ¶َ ŁَŁَŁُŁŁُŁَّ Ų§ŁŁَّŁُ ŁُŁِ Ų§ŁْŲَŁ
ْŲÆُ ŁِŁَّŁِ ŲØَŁْ Ų£َŁْŲ«َŲ±ُŁُŁ
ْ ŁَŲ§ ŁَŲ¹ْŁَŁ
ُŁŁَŁ¢Ł„﴾
“Dan sesungguhnya jika kamu (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang Musyrik) itu: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Ucapkanlah (wahai Muhammad): ‘Segala puji bagi Allah’ (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian dengan tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” (Surah Luqman: 25)
Ayat di atas diulangi beberapa kali dalam al-Quran. Allah SWT juga menegaskan pengakuan dalam kalangan ateisme (golongan yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan apabila terdesak). Firman Allah SWT:
﴿ŁُŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁ ŁُŲ³َŁِّŲ±ُŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁْŲØَŲ±ِّ ŁَŲ§ŁْŲØَŲْŲ±ِ ŲَŲŖَّŁ Ų„ِŲ°َŲ§ ŁُŁْŲŖُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁْŁُŁْŁِ ŁَŲ¬َŲ±َŁْŁَ ŲØِŁِŁ
ْ ŲØِŲ±ِŁŲٍ Ų·َŁِّŲØَŲ©ٍ ŁَŁَŲ±ِŲُŁŲ§ ŲØِŁَŲ§ Ų¬َŲ§Ų”َŲŖْŁَŲ§ Ų±ِŁŲٌ Ų¹َŲ§ŲµِŁٌ ŁَŲ¬َŲ§Ų”َŁُŁ
ُ Ų§ŁْŁ
َŁْŲ¬ُ Ł
ِŁْ ŁُŁِّ Ł
َŁَŲ§Łٍ ŁَŲøَŁُّŁŲ§ Ų£َŁَّŁُŁ
ْ Ų£ُŲِŁŲ·َ ŲØِŁِŁ
ْ ŲÆَŲ¹َŁُŲ§ Ų§ŁŁَّŁَ Ł
ُŲ®ْŁِŲµِŁŁَ ŁَŁُ Ų§ŁŲÆِّŁŁَ ŁَŲ¦ِŁْ Ų£َŁْŲ¬َŁْŲŖَŁَŲ§ Ł
ِŁْ ŁَŲ°ِŁِ ŁَŁَŁُŁŁَŁَّ Ł
ِŁَ Ų§ŁŲ“َّŲ§ŁِŲ±ِŁŁَŁ¢Ł¢﴾
“Dialah Tuhan yang menjalankan kamu mampu bergerak di daratan dan (berlayar) di lautan; sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira keranannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka telah terkepung (berada dalam bahaya); pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepada-Nya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): ‘Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) menyelamatkan kami daripada bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur.’” (Surah Yunus: 22)
Oleh yang demikian, adil mengikut ketetapan Allah SWT adalah memenuhi maksud adil yang paling sempurna dan tepat, merangkumi segala aspek kejadian alam, termasuklah dalam segala urusan kehidupan manusia.
Firman Allah SWT:
﴿Ų“َŁِŲÆَ Ų§ŁŁَّŁُ Ų£َŁَّŁُ ŁَŲ§ Ų„ِŁَŁَ Ų„ِŁَّŲ§ ŁُŁَ ŁَŲ§ŁْŁ
َŁَŲ§Ų¦ِŁَŲ©ُ ŁَŲ£ُŁŁُŁ Ų§ŁْŲ¹ِŁْŁ
ِ ŁَŲ§Ų¦ِŁ
ًŲ§ ŲØِŲ§ŁْŁِŲ³ْŲ·ِ ŁَŲ§ Ų„ِŁَŁَ Ų„ِŁَّŲ§ ŁُŁَ Ų§ŁْŲ¹َŲ²ِŁŲ²ُ Ų§ŁْŲَŁِŁŁ
ُŁ”ŁØ﴾
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan para malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali ‘Imran: 18)
Para Rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad SAW membawa al-Quran daripada Allah SWT merupakan petunjuk kepada pelaksanaan hukum yang adil dalam segala aspek. Di samping itu, adanya akal yang membezakan kejadian manusia dengan makhluk yang lain.
Al-Quran menjadi pemandu kepada akal bagi menentukan secara khusus dalam perkara yang tidak mungkin dicapai oleh akal manusia dan segala pancainderanya, serta menetapkan sempadan kemampuan akalnya.
Keadilan Allah SWT bagi manusia paling sempurna meliputi segala aspek kejadian manusia, daripada jasad, roh, akal, individu, keluarga, masyarakat, politik, ekonomi dan lain-lain. Bermula dengan membetulkan konsep aqidah dan kepercayaan, sehinggalah kepada menguruskan segala aspek kehidupan dunia dan perkara akhirat.
Aqidah yang benar adalah asas keadilan kepada semua. Maka, Allah SWT melantik para Rasul untuk mentashihkan aqidah dan kepercayaan manusia agar mentauhidkan Allah iaitu Tuhan yang Maha Esa sahaja. Firman Allah SWT:
﴿ŁَŁَŁَŲÆْ ŲØَŲ¹َŲ«ْŁَŲ§ ŁِŁ ŁُŁِّ Ų£ُŁ
َّŲ©ٍ Ų±َŲ³ُŁŁًŲ§ Ų£َŁِ Ų§Ų¹ْŲØُŲÆُŁŲ§ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ§Ų¬ْŲŖَŁِŲØُŁŲ§ Ų§ŁŲ·َّŲ§ŲŗُŁŲŖَ ŁَŁ
ِŁْŁُŁ
ْ Ł
َŁْ ŁَŲÆَŁ Ų§ŁŁَّŁُ ŁَŁ
ِŁْŁُŁ
ْ Ł
َŁْ ŲَŁَّŲŖْ Ų¹َŁَŁْŁِ Ų§ŁŲ¶َّŁَŲ§ŁَŲ©ُ ŁَŲ³ِŁŲ±ُŁŲ§ ŁِŁ Ų§ŁْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁَŲ§ŁْŲøُŲ±ُŁŲ§ ŁَŁْŁَ ŁَŲ§Łَ Ų¹َŲ§ŁِŲØَŲ©ُ Ų§ŁْŁ
ُŁَŲ°ِّŲØِŁŁَŁ£Ł¦﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan setiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): ‘Hendaklah kalian menyembah Allah dan jauhilah taghut.’ Maka, antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberikan hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kalian di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan (para rasul).” (Surah al-Nahl: 36)
Melantik Tuhan selain daripada Allah SWT adalah punca berlakunya kezaliman dalam segala aspek kehidupan manusia, apabila mereka mengada-adakan hukum sendiri di luar daripada kemampuan akal mereka, sehingga merosakkan diri sendiri. Bahkan juga merendahkan martabat manusia yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
﴿ŁَŁَŁَŲÆْ ŁَŲ±َّŁ
ْŁَŲ§ ŲØَŁِŁ Ų¢ŲÆَŁ
َ ŁَŲَŁ
َŁْŁَŲ§ŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁْŲØَŲ±ِّ ŁَŲ§ŁْŲØَŲْŲ±ِ ŁَŲ±َŲ²َŁْŁَŲ§ŁُŁ
ْ Ł
ِŁَ Ų§ŁŲ·َّŁِّŲØَŲ§ŲŖِ ŁَŁَŲ¶َّŁْŁَŲ§ŁُŁ
ْ Ų¹َŁَŁ ŁَŲ«ِŁŲ±ٍ Ł
ِŁ
َّŁْ Ų®َŁَŁْŁَŲ§ ŲŖَŁْŲ¶ِŁŁًŲ§Ł§Ł ﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah berikan kepada mereka menggunakan pelbagai kenderaan di daratan dan di lautan; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’: 70)
Ternyata semua perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT, sama ada dari segi makanan, pakaian dan pergaulan, semuanya pasti akan membawa keburukan kepada jasad, akal dan roh, keluarga dan masyarakat.
Allah SWT mewajibkan berlaku adil kepada semua manusia dalam konteks masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Sekalipun terhadap musuh yang dibenci. Firman Allah SWT:
﴿Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ£ْŁ
ُŲ±ُŁُŁ
ْ Ų£َŁْ ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁŲ§ Ų§ŁْŲ£َŁ
َŲ§ŁَŲ§ŲŖِ Ų„ِŁَŁ Ų£َŁْŁِŁَŲ§ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŲَŁَŁ
ْŲŖُŁ
ْ ŲØَŁْŁَ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ِ Ų£َŁْ ŲŖَŲْŁُŁ
ُŁŲ§ ŲØِŲ§ŁْŲ¹َŲÆْŁِ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁِŲ¹ِŁ
َّŲ§ ŁَŲ¹ِŲøُŁُŁ
ْ ŲØِŁِ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ§Łَ Ų³َŁ
ِŁŲ¹ًŲ§ ŲØَŲµِŁŲ±ًŲ§Ł„ŁØ﴾
“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kalian menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’: 58)
Bagi menegakkan keadilan, wajib diserahkan amanah kepada orang yang berkelayakan dari segi iman dan akhlak, integriti dan keilmuan. Keadilan itu merangkumi dalam segala aspek kehidupan manusia, bukan sahaja aspek kehakiman dalam skop yang sempit. Maka, Islam mewajibkan syarat iman dan Islam dalam urusan yang besar dan penting, kerana ia berkaitan dengan soal prinsip.
Firman Allah SWT:
﴿ŁَŲ§ Ų£َŁُّŁَŲ§ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¢Ł
َŁُŁŲ§ ŁُŁŁُŁŲ§ ŁَŁَّŲ§Ł
ِŁŁَ ŁِŁَّŁِ Ų“ُŁَŲÆَŲ§Ų”َ ŲØِŲ§ŁْŁِŲ³ْŲ·ِ ŁَŁَŲ§ ŁَŲ¬ْŲ±ِŁ
َŁَّŁُŁ
ْ Ų“َŁَŲ¢Łُ ŁَŁْŁ
ٍ Ų¹َŁَŁ Ų£َŁَّŲ§ ŲŖَŲ¹ْŲÆِŁُŁŲ§ Ų§Ų¹ْŲÆِŁُŁŲ§ ŁُŁَ Ų£َŁْŲ±َŲØُ ŁِŁŲŖَّŁْŁَŁ ŁَŲ§ŲŖَّŁُŁŲ§ Ų§ŁŁَّŁَ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ Ų®َŲØِŁŲ±ٌ ŲØِŁ
َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ
َŁُŁŁَŁØ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kalian untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kalian berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kalian lakukan.” (Surah al-Ma’idah: 8)
Sifat taqwa hanya milik orang yang beriman, sekiranya tiada iman maka tiadalah sifat taqwanya. Maka, Islam menegaskan menegakkan keadilan wajib menjadi syarat terpenting kepada pelaksanaan tugas dasar yang penting dalam negara.
Kezaliman yang menjadi lawan kepada sifat adil termasuk dalam perhitungan dosa besar, walaupun terhadap musuh yang paling ketat. Sehingga konsep adil dihubung kait dengan konsep taqwa, suatu ciri yang tidak akan didapati pada ajaran lain yang tidak beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat.
Antara contohnya ialah, Islam menetapkan konsep orang yang dituduh dianggap tidak bersalah selagi dirinya belum dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Maka, hal yang tersebut sangat berlainan dengan kalangan mereka yang hanya mempolitikkan konsep keadilannya. Sehingga mereka sanggup menggunakan media murahan untuk memutuskan seseorang itu bersalah mendahului mahkamah. Bahkan sehingga menjatuhkan maruah individu tersebut dengan berita bohong dan fitnah serta menganggu proses pentadbiran, penguatkuasaan dan kehakiman.
Inilah akibat daripada keadilan yang terpisah daripada agama. Bahkan lebih parah apabila melanggar undang-undang fitrah ketetapan Allah SWT, atas nama liberalisasi tajaan Barat yang sudah meninggalkan agamanya yang terlalu rapuh. Sehingga fahaman yang salah ini memasuki ke dalam gereja dan kalangan agamawan. Maka selain daripadanya, terjerumus ke dalam kebinatangan sehingga hak binatang lebih dipelihara daripada hak kemanusiaan. Maka, apa yang dikatakan hak asasi manusia oleh Islam tidak sama dengan hak asasi mengikut takrif mereka.
Wujud persamaan nilai kemanusiaan antara lelaki dengan wanita, pada masa yang sama wujud perbezaan fitrah antara kedua-dua jenis manusia ini. Contohnya dalam penjagaan anak dari segi penyusuan ibu, ia hanya terdapat pada wanita sahaja dan tiada pada lelaki, dan kesabaran dalam menjaga seorang bayi dilebihkan kepada golongan wanita berbanding lelaki. Sebaliknya, kewajipan memberikan nafkah kehidupan lebih diwajibkan kepada kaum lelaki, maka bahagian pusaka lelaki sekali ganda lebih dibandingkan golongan wanita.
Justeru itu, hendaklah dibezakan antara hak dalam perkara yang mempunyai perbezaan. Maka, nisbah keadilan itu bukannya dengan meraikan persamaan tetapi bebanan yang ditugaskan. Perkara-perkara seperti ini juga berlaku dalam tugas-tugas manusia yang lain.
Kita telah menyaksikan merebaknya penyakit daripada perkara yang diharamkan oleh Islam kerana hikmahnya tidak boleh dikesan oleh kemampuan manusia. Begitulah juga kegagalan teori ekonomi ala sosialis dan leburnya komunis yang lebih ekstrem, serta sedang disaksikan merudumnya liberal kapitalisme dan hanyutnya pula politik demokrasi Barat yang berpisah daripada agama, sehingga negara boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai penyangak.
Al-Quran membawa berita benar tentang perjuangan para Rasul AS yang menentang kezaliman dalam segala aspek. Sepertimana Nabi Ibrahim AS dalam aspek aqidah, Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS pula dalam aspek politik dan pentadbiran. Manakala Nabi Lut AS dalam aspek moral, Nabi Syu‘aib AS pula dalam aspek ekonomi dan lain-lain. Semuanya bermula dengan penyelewengan aqidah manusia yang berlagak menjadi tuhan secara individu mahupun kumpulan.
Maka, umat wajib kembali kepada al-Quran dalam segala urusan kehidupan mereka mengikuti petunjuk Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
﴿ŁَŲ§ Ų£َŁُّŁَŲ§ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¢Ł
َŁُŁŲ§ Ų£َŲ·ِŁŲ¹ُŁŲ§ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ£َŲ·ِŁŲ¹ُŁŲ§ Ų§ŁŲ±َّŲ³ُŁŁَ ŁَŲ£ُŁŁِŁ Ų§ŁْŲ£َŁ
ْŲ±ِ Ł
ِŁْŁُŁ
ْ ŁَŲ„ِŁْ ŲŖَŁَŲ§Ų²َŲ¹ْŲŖُŁ
ْ ŁِŁ Ų“َŁْŲ”ٍ ŁَŲ±ُŲÆُّŁŁُ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁŁَّŁِ ŁَŲ§ŁŲ±َّŲ³ُŁŁِ Ų„ِŁْ ŁُŁْŲŖُŁ
ْ ŲŖُŲ¤ْŁ
ِŁُŁŁَ ŲØِŲ§ŁŁَّŁِ ŁَŲ§ŁْŁَŁْŁ
ِ Ų§ŁْŲ¢Ų®ِŲ±ِ Ų°َŁِŁَ Ų®َŁْŲ±ٌ ŁَŲ£َŲْŲ³َŁُ ŲŖَŲ£ْŁِŁŁًŲ§Ł„Ł©﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah kalian kepada Allah dan taatilah juga kepada Rasulullah serta kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dalam kalangan kalian. Kemudian, jika kalian saling berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kalian mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya; jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Hal yang demikian itu, adalah lebih baik (bagi kalian), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 59)
Allah SWT memberikan petunjuk dengan huraian secara terperinci:
Ketaatan mutlak kepada Allah SWT kerana kesempurnaan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan Maha Suci-Nya daripada segala sifat kekurangan.
Ketaatan kepada Rasul kerana Baginda adalah pilihan Allah SWT dan dikawal secara langsung dengan wahyu, menjadikannya terpelihara daripada kesilapan. Kesilapannya pula diperbetulkan dengan wahyu yang menjadi model secara langsung daripada Allah SWT.
Adapun Ulul Amri ialah para pemimpin dan ilmuwan dalam segala lapangan, di mana ketaatan kepada mereka dengan syarat betul dan adil serta tidak mutlak kerana sifat lemah yang ada pada diri mereka, di samping adanya kemampuan akal, ilmu, pengalaman dan akhlak (integriti).
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 21 Ramadhan 1442 / 3 Mei 2021
No comments
Post a Comment