NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Konnservatif tak boleh bersama sekular dalam jajaran baru - Shahrir


Veteran Umno, Shahrir Samad berpandangan bahawa parti itu tidak boleh lagi berpegang pada tradisi presiden Umno mestilah menjadi calon perdana menteri.

Dia berkata, Umno tidak boleh lagi mengamalkan konsep one man show atau seorang tokoh saja bertindak sebagai dominan dan menguasai segala-galanya.

Katanya, soal calon perdana menteri sememangnya penting dan Umno hari ini masih belum mempunyai calonnya.

"Hari ini belum ada sebarang keputusan walaupun kita ada presiden, timbalan presiden, naib presiden, kita tahu. Maknanya kita bakal berdepan dengan keadaan itu sehingga sampai pilihan paya.

“Pilihan jajaran baru yang kita nak bergantung juga pada penerimaan kepimpinan Umno hari ini bahawa inilah masa untuk berubah, inilah masa untuk memberi cara yang baru.

“Kita tidak perlu balik semula kepada kaedah presiden Umno mesti jadi perdana menteri,” katanya dalam temu bual Bicara Tokoh, yang disiarkan di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN), hari ini.

Umno sebelum ini dikenali sebagai sebuah parti dominan dan secara tradisinya presiden Umno menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun tradisi Umno menjadi perdana menteri terhenti selepas BN tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Ketika itu Umno, BN dipimpin bekas perdana menteri, Najib Razak.

Dalam pada itu, Shahrir berkata Umno perlu mempunyai dua orang tokoh yang berkebolehan untuk menjaga parti, dan seorang lagi bertindak mengetuai kerajaan.

Memetik kata-kata bekas perdana menteri Hussein Onn, yang mana pernah memberitahunya akan tiba masa Umno berbeza kepimpinan parti, dan berbeza daripada kerajaan.

“Dia kata perkara itu akan terjadi. Sebab parti itu akan jadi lebih besar dan kerajaan akan jadi kompleks. Jadi soal urus tadbir kerajaan dan juga kepimpinan parti mungkin perlu kepada kemahiran atau kemampuan yang berlainan.

“Kita kata itu mungkin akan berlaku, tapi bukan semasa waktu dia sebab pada ketika itu masih mudah lagi, tidak kompleks lagi seperti kini,” katanya lagi.

Sementara itu, Shahrir berkata, beliau melihat Umno mampu membentuk jajaran baru untuk membentuk parti politik dan kerajaan, oleh kerana dianggotai oleh wakil-wakil parti yang mempunyai kebolehan urus tadbir yang tertentu.

“Dari yang kita lihat dan saya terangkan, parti sendiri sudah ada jurucakap dari bidang tertentu, dan sudah mula terima kunjungan duta-duta asing.. jadi keadaan ini adalah kes istimewa tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan Umno sendiri.

“Jadi berani atau tidak kita melangkah ke jajaran baru ini?” katanya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan kerjasama antara Umno dan DAP, Shahrir yang juga veteran Umno berkata perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Katanya, Umno adalah sebuah parti yang konservetif berbanding DAP sekular dan pertembungan ini tidak membolehkan dua parti itu bekerjasama.

"Umno koservetif, DAP sekular bukan konservetif jadi pertembungan ialah kalau dari segi falsafah politik pun ialah antara yang pengkritik dan sekular dan saya tak nampak bagaimana kumpulan konservetif dan kumpulan sekular boleh duduk bawah satu bumbung.

"Sebab itulah Pakatan Harapan (PH) berpecah. Yang konservetif ialah pribumi (Bersatu) konservetif daripada bekas-bekas Umno ini dan tak boleh duduk sama dengan sekular PKR, DAP.

"Sama juga dengan Pakatan Rakyat apabila PAS bersama DAP...PAS yang konservetif nak duduk bersama 'nak cium' mulut bersama sekular tak boleh," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/573285


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo