NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Dap kerjasama dengan kleptokrat?




PRU 14 Umno digelar oleh Dap PH KLEPTOKRAT. PRU 15 Bersatu pula digelar pengkianat. Sekarang Dap sudah boleh bekerjasama dengan Umno. Ini kisah menarik. Ada udang di sebalik mee Kuala Sepetang.

Saya yakin Umno tidak semudah itu. Ahli Umno yang terkenal sebagai ahli yang cukup anti Dap, tidak akan menerima pelawaan dan jajaran ini. PAS sudah ada pengalaman. Tun Mahathir sudah ada pengalaman. Bersatu sudah ada pengalaman dengan Dap.

Dap akan akan buat apa sahaja demi untuk perintah Putrajaya. Dap tahu, mereka solid akan dapat sokongan orang bukan melayu terutama pengundi cina. Cuma undi Melayu payah sikit, harapan mereka mesti cari jalan supaya parti yang boleh pecah undi melayu kalau hendak berkuasa di Putrajaya di dalam PRU 15.

Dap tahu kalau melayu berpecah, peluang untuk berkuasa semula di Putrajaya cerah. Kalau melayu bersatu harapan mereka untuk kembali berkuasa tidak boleh sama sekali.

Oleh itu Dap meletakkan PAS musuh nombor satu, sebab berusaha untuk menyatukan orang Islam Melayu, secara tidak langsung akan menyekat Dap PH berkuasa di Putrajaya.

Impian untuk didik PAN pengganti PAS masih tidak berjaya. Maka cubaan memancing Umno untuk bersama dengan Dap cuba dilakukan. Tapi PAU yang baru berlangsung menolak sebulat suara kerjasama dengan Dap.

22 bulan mimpi ngeri rakyat Malaysia, semoga tidak berulang.

Idris Hj Ahmad

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo