- Kenyataan PM Malaysia berkait penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra 1967 telah menjadi polemik. Ramai menganggap ia adalah bentuk normalisasi terhadap negara haram Israel dan pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
- Solusi ini berasaskan cadangan PBB. Ia turut disokong oleh Turki dan Rusia melalui laporan akhir Ramadhan baru-baru ini.https://www.aa.com.tr/en/turkey/turkish-president-urges-for-international-force-to-protect-palestinians/
- 10 tahun lepas, Menteri Luar HAMAS pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan cadangan dwi-negara sempadan 1967 ini. Malah beliau tegaskan perkara ini sudah diulang beberapa kali.https://www.npr.org/sections/thetwo-way/2011/05/24/136403918/hamas-foreign-minister-we-accept-two-state-solution-with-67-borders
- 2017, Khaled Meshaal membentangkan satu dokumen yang mempersetujui peta 1967 sebagai asas dwi-negara. Menurut dokumen tersebut, peta pra 1967 adalah kedaulatan Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dengan Baitulmaqdis menjadi ibu negara. Rakyat Palestin juga perlu diberi hak untuk kembali ke tanah masing-masing. https://www.aljazeera.com/news/2017/5/2/hamas-accepts-palestinian-state-with-1967-borders
- Ia berbeza dengan cadangan PBB yang mahu Israel dan Palestin berkongsi Baitulmaqdis.Menurut SU Agung PBB: The two‑State solution remains the only path to ensuring that Palestinians and Israelis can both realize their legitimate aspirations, living side‑by‑side in peace and security, based on the 1967 borders, and with Jerusalem as the capital of both States. https://www.un.org/press/en/2020/sgsm20481.doc.html
- Namun pendirian HAMAS bukanlah mewakili aspirasi semua pejuang di Palestin. Di dalam HAMAS sendiri perkara ini menjadi polemik yang besar antara yang bersetuju dan yang tidak.
- Saya mengikuti Seminar Mimbar al-Aqsa anjuran Kesatuan Ulama Islam Sedunia tahun 2017 dan 2018. Isu ini dibahas keras atas nama Ų§ŁŲŖŲ·ŲØŁŲ¹ (normalisasi). Boleh dikatakan semua Ulama' tidak bersetuju dengan langkah politik ini termasuk Syeikh al-Aqsa yang juga anggota HAMAS, Syeikh Raed Salah.
- Selain hubungan HAMAS-Iran, isu ini antara perkara yang membawa kepada pertukaran kepimpinan Biro Politik Hamas daripada Khaled Meshaal kepada Ismael Haniyeh hujung 2017. Selepas perubahan kepimpinan, dokumen tersebut tidak lagi menjadi fokus utama.
- Tahun 2020, Ismael Haniyeh pernah ditanya tentang solusi ini di TV Turki. Beliau cuma mengatakan, peta 1967 hanya sebagai asas perbincangan dan langkah awal, bukan sebagai matlamat akhir menyelesaikan isu Palestin. Beliau juga menegaskan, mereka tidak akan mengiktiraf negara haram Israel walau seinci pun.Menurut laporan :Ų£Ł ŲŲ±ŁŲŖŁ ŁŲ§ ŲŖŲ¹Ų§Ų±Ų¶ Ł Ų±ŲŁŁŲ§ ŁŁŲ§Ł ŲÆŁŁŲ© Ų¹ŁŁ ŲŲÆŁŲÆ Ų§ŁŲ¹Ų§Ł 1967، ŁŁŁŁŲ§ Ł ŲŖŁ Ų³ŁŲ© ŲØŲ¹ŲÆŁ Ų§ŁŲ§Ų¹ŲŖŲ±Ų§Ł ŲØŲ§ŁŲ§ŲŲŖŁŲ§Ł Ų§ŁŲ„Ų³Ų±Ų§Ų¦ŁŁŁ ŁŁŲ£Ų±Ų§Ų¶Ł Ų§ŁŁŁŲ³Ų·ŁŁŁŲ© https://www.aljazeera.net/news/politics/2019/7/20/%D9%87%D9%86%D9%8A%D8%A9-%D8%A5%D8%B3%D8%B1%D8%A7%D8%A6%D9%8A%D9%84-%D8%AD%D9%85%D8%A7%D8%B3
- Cadangan ini adalah baseline yang umat Islam dapat kompromi. Baitulmaqdis adalah isu agama, bukan sekadar bangsa. Tiada kompromi. Daerah Palestin lain boleh dibincangkan mengikut realiti semasa.
- Saya suka memetik kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi bahawa Baitulmaqdis adalah hak umat Islam sejagat. Hatta orang Palestin sendiri tak boleh buat keputusan sesuka hati. Seperti pendirian Sultan Abdul Hamid II yang tidak mahu serahkan Palestin pada Zionis kerana bukan miliknya.
- Bagi menjaga kestabilan Baitulmaqdis, beberapa faktor geopolitik perlu diambil kira jika mahu menerima peta 1967 sebagai asas. Antaranya:
- Zon penampan: Baitulmaqdis seharusnya tidak terlalu rapat dengan sempadan Palestin-Israel. Perlu ada beberapa daerah sekeliling yang menjadi zon penampan.
- Akses laut: Palestin tidak seharusnya bersifat tanah terkunci (land-locked). Perlu ada akses ke laut terbuka supaya dapat berhubung dengan dunia luar selain menjadi sumber kemandirian ekonomi.
- Akses darat: Selain akses laut, Palestin juga perlu memiliki akses darat ke luar negara. Tidak terkepung dengan Israel.
- Koridor Gaza-Tebing Barat: Boleh menyelesaikan isu landlocked. Persis peta 1948. Boleh dijadikan pelan jangka masa panjang.
- Sekiranya US jujur ingin menyelesaikan isu Palestin, mereka perlu batalkan usaha Deal of The Century era Trump. Tarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai hak Israel.
- Jika PBB mahu menjadi orang tengah, mereka perlu kembalikan status antarabangsa Baitulmaqdis. Usir semua tentera Zionis dan biarkan Tentera Pengaman PBB yang menjaga kawasan terbabit.
- Pendirian anggota OIC juga perlu seiringan. Kalau mahu bersetuju dengan peta pra1967, perlu seiya dan sekata. Jangan terikut dengan naratif PBB. Kembali kepada sejarah OIC yang reaktif kepada pembakaran al-Aqsa 1969.
- Umat Islam secara keseluruhan pula perlu terus komited bahawa zionis adalah penjajah dan Palestin adalah milik umat Islam. Peta pra1967 hanya sebagai asas diplomasi, bukan solusi.
- Apapun, peta pra1967 cadangan HAMAS bersifat utopia. Mustahil Israel dan rakyatnya mahu terima. Asas kependudukan Yahudi adalah lobi Zionis untuk merampas Baitulmaqdis. Ia hanya respon kepada tekanan politik sekeliling yang mahukan penyelesaian dua negara
(Alang Ibn Shukrimun)
4 Syawal 1442
16 Mei 2021
No comments
Post a Comment