NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Jangkitan COVID-19 India Hampiri 20 Juta


3 MEI – India mencatatkan kes keseluruhan hampir 20 juta apabila merekodkan lebih 300,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini.

Para saintis menjangkakan kemuncak jangkitan akan berlaku dalam beberapa hari ini.

Dengan 368,147 kes baharu dalam tempoh 24 jam, angka jangkitan di India berjumlah 19.93 juta, sementara jumlah kematian meningkat 3,417 kepada 218,959, menurut data kementerian kesihatan.

Justeru, hampir 10 negeri dan wilayah di India mengenakan pelbagai bentuk sekatan, meskipun pemerintah negara masih keberatan mengenakan sekatan peringkat nasional.

Pakar perubatan mengatakan jumlah sebenar di seluruh negara mungkin sebanyak 1.35 bilion, lima hingga 10 kali lebih tinggi daripada data rasmi.

Namun, kes positif berkaitan dengan ujian saringan yang dilakukan jatuh pada hari Isnin untuk pertama kalinya, sejak 15 April lalu.

Kes COVID-19 India mungkin memuncak antara 3 hingga 5 Mei, menurut model matematik dari pasukan saintis yang menasihati kerajaan, beberapa hari lebih awal daripada perkiraan sebelumnya kerana virus itu telah menyebar lebih cepat daripada yang dijangka.

Kebanyakan hospital telah memenuhi kemampuannya, bekalan oksigen perubatan hampir habis dan bilik mayat dan krematorium penuh ketika negara menangani lonjakan kes.

Dalam pada itu, United Kingdom (UK) merancang menghantar 1,000 lagi ventilator ke India bagi membantu negara itu yang bergelut peningkatan jumlah pesakit Covid-19, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada Ahad, lapor Sputnik.

Sebelum ini UK sudah menghantar 200 ventilator serta 495 alat oksigen.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo