NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kembalikan sinar kemanusiaan di bumi Palestin

1. Serangan Tentera Penjajah Zionis Israel ke atas umat Islam di Masjidil Aqsa yang berlaku ketika Ramadan telah mencemari hak umat Islam untuk beribadat apatah lagi ianya berlaku di bulan yang mulia. Pihak Tentera Penjajah Zionis Israel seharusnya menghormati hak umat Islam sebaliknya bertindak mencabulinya dengan menggunakan senjata dan kekerasan terhadap umat Islam di dalam Masjid suci ketiga bagi seluruh masyarakat Islam. Dunia telah mengiktiraf bahawa Masjidil Aqsa adalah hak milik umat Islam menerusi resolusi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2016. Pengiktirafan ini menyaksikan Amerika Syarikat dan negara haram Israel telah bertindak keluar dari UNESCO. 

2. Kejadian yang berlaku di Baitulmaqdis itu tidak sahaja tertempu di Masjidil Aqsa, sebaliknya penduduk di Perkampungan Sheikh Jarrah telah dihalau oleh Tentera Penjajah Zionis Israel tanpa sebab yang munasabah di dakwa bagi memberi laluan kepada penempatan haram penduduk Israel. Hal ini jelas bertentangan dengan Matlamat 11 SDG: Menjadikan Bandar Dan Penempatan Manusia Yang Inklusif, Selamat, Berdaya Tahan Dan Lestari. Tindakan ini juga jelas tidak berperikemanusian apabila menyebabkan rakyat Palestin hilang kediaman dan tempat perlindungan serta benar-benar mencemari hak kemanusian sejagat. 

3. Tidak cukup dengan hak umat Islam untuk beribadah dan pengusiran penduduk Perkampungan Sheikh Jarrah dari kediaman mereka, Semenanjung Gaza iaitu tanah Palestin yang terpisah dari Tebing Barat (dimana beradanya Masjidil Aqsa) dengan negara Haram Israel sebagai pemisahan pula diserang dengan bom, peluru berpandu dan serangan jet perjuang. Apa yang menyedihkan bagi dunia perjuangan kemanusiaan apabila melihat setakat ini sekurang-kurangnya 143 rakyat Palestin telah terkorban termasuk 40 orang kanak-kanak dan 23 wanita manakala lebih 1,000 orang tercedera. Beberapa bangunan dan kemudahan awam juga dilaporkan musnah dan rosak akibat serangan oleh Tentera Penjajah Zionis Israel. 

4. MyHumanitarian sebagai badan bukan kerajaan yang sentiasa memperjuangkan nilai kemanusiaan sejagat menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan oleh Tentera Penjajah Zionis Israel. Selaras dengan Matlamat 16 SDG: Keamanan, Keadilan Dan Institusi Yang Kuat, maka kami mendesak agar tindakan zalim dan tidak berlandaskan nilai kemanusiaan itu hendaklah dihentikan serta merta oleh pihak Zionis Israel. Setiap insan bukan sahaja di bumi Palestin layak untuk hidup dengan aman dan harmoni tanpa dicemari dengan insiden keganasan, kekejaman dan Tindakan tidak berperikemanusiaan. 

5. Sudah tiba masanya semua pihak samada Pertubuhan Kerajaan mahupun badan bukan kerajaan dapat bersama-sama di bawah inisiatif yang digerakkan oleh Yayasan MyAQSA yang telah berusaha untuk mengheret negara haram Israel ke muka pengadilan dan kini berjuang bersama pasukan peguamnya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa negara haram Zionis di atas jenayah perangnya dan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat serta negara Palestin. Sudah pastinya seluruh kepakaran dan tenaga diperlukan untuk berhadapan dengan negara haram Israel yang mempunyai rangkaian dan sumber yang besar jika dibandingkan dengan NGO dari Malaysia ini. Kita harus memandang usaha melalui saluran perundangan ini perlu diberikan perhatian sebagai penyelesaian jangka panjang untuk keadilan buat rakyat Palestin. 

6. Ketika saat geting ini, semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan harus berdiri bersama-sama untuk menuntut keadilan serta nilai kemanusiaan dapat kita ditegakkan. Apa yang berlaku hari ini di Palestin bukan lagi menyentuh aspek keagamaan semata-mata namun ianya menuntut nilai kemanusiaan agar dapat dilaksanakan seadil-adilnya. Begitu juga dengan isu dalam dan politik negara Palestin yang seharusnya kita ketepikan buat seketika kerana kebersatuan dan perpaduan amat penting bagi mengharungi saat yang mencabar ini. 

7. Pihak MyHumanitarian juga menyambut baik usaha terbaru yang dilancarkan oleh Yayasan MyAQSA apabila memperkenalkan MyAQSA Fund yang ditubuhkan sebagai platform alternatif kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada Masjidil Aqsa secara terus dan telus. Tindakan ini harus disambut baik oleh semua pihak kerana mengangkat nilai amanah dan ketelusan pengurusan sesebuah tabung kutipan apatah lagi apabila ianya melibatkan masjid suci bagi umat Islam. Bagi mereka yang ingin menyeluarkan sumbangan boleh berbuat demikian sumbangan menerusi saluran Payment Gateway Billplz (https://www.billplz.com/MyAQSAFund) atau menerusi Cheque/Deposit Tunai/Online Transfer kepada akaun Yayasan MyAQSA (CIMB Bank: 8603464258) dengan rujukan “MyAQSA Fund” @ “Tabung ASQSAKU”. Maklumat lanjut berkenaan tabung ini juga boleh dilayari di laman sesawang mereka iaitu www.myaqsa.my. 

‘Leave No One Behind’ 

KHAIRUL ANNUAR MANSOR
Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian)
Tarikh: 17 Mei 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo