NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh ke claim Yahudi bahawa dia lebih awal di Palestine asas tuntut negara?



Sejarah silam tak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa sebagai asas menuntut negara.

Yang jadi asas ialah ‘transfer of sovereignty’ dari pena.klu.k sebelum.

Dalam kes Palestin, tahun 1919 berlaku transfer of sovereignty dari Uthmaniyah (Turki) kepada British akibat kalah WW1.

British ‘diamanahkan’ oleh Liga Bangsa (UN versi trial) untuk jaga Palestin.

‘Palestin’ pada asalnya termasuk Jordan, kemudian dipisahkan.



Tempoh penjagaan British tamat pada 1948. Perhimpunan Agung UN cadangkan (Resolusi 181) Palestin yang merdeka dipecahkan kepada 2 negara: satu Yahudi satu Arab.

Jerusalem diletakkan bawah penjagaan antarabangsa.



Resolusi ni ditolak oleh negara-negara Arab, maka p.era.ng tercetus pada 15 Mei 1948, hari pengisytiharan Israel (ya, ulang tahun ke-73 hari ni).


Negara-negara Arab kalah, dan terpaksa bersetuju dengan sempadan ‘Green Line’ ini. Tebing Barat diambil Jordan, Gaza diambil Mesir.

Jerusalem pun pecah 2. Barat Israel, timur (tempat terletaknya Al-Aqsa) Jordan.

Kemudian per.an.g sekali lagi meletus pada 1967. Kali ni Israel ambil masa 6 hari (dipanggil Pe.ran.g Enam Hari) untuk menawan Tebing Barat, Jerusalem Timur, Gaza dan Sinai.





Satu dunia kutuk Israel atas penaklukan haran melebihi Green Line.


Tapi peristiwa ni membuat ramai (misalnya evangelis di US) jadi taksub dengan Israel, anggap tu satu ‘miracle’.

Zionis berjaya merampas Al-Aqsa yang juga mengandungi tempat suci agama Yahudi (Temple Mount).

Tapi miracle tak miracle, lepas 7 tahun, negara2 Arab kembali s.eran.g Israel dalam P.eran.g Yom Kippur 1973.

Kali ni Israel kena bedal dan terpaksa meminta perdamaian.

Mesir membelakangi negara2 Arab lain, berdamai dengan Israel terlebih dahulu (untuk dapat balik Sinai).


Kemudian pada 1980, Israel umumkan pengilhakan (menjadikan hak) Jerusalem Timur.

Tindakan ini dikecam di peringkat UN. Resolusi UN 478 dikeluarkan, gesa Israel undur balik ke sempadan sebelum 1967.

Tapi Israel buat bodoh je, sebab dibekap US.


Kalau nak argue dari segi sejarah Bani Israil, Bani Israil dulu & Yahudi hari ni tak sama.


Bani Israil ada 12 suku (keturunan 12 anak Nabi Yakub), dan asalnya tanah dibahagi ikut suku.

Kemudian berlaku perpecahan 10 suku utara dan 2 suku selatan (Judah & Benjamin).



Kemudian suku2 utara dit.aklu.k Assyria dan tak dapat dijejaki lagi keturunan mereka (jadi mereka dipanggil 10 Lost Tribes of Israel).

Dua lagi suku (Judah & Benjamin) dit.aklu.k Baylonia. Dan pada zaman Parsi, kawasan tu dinamanakan sebagai Yehud (sempena nama Judah/Yahuda).
Itulah asal-usul nama “Yahudi” (orang Yehud). Di zaman Rom, ia dinamakan sebagai Judea (lama-lama jadi “Jew”).

So adakah diorang berhak kepada tanah tu?

Nope. Sebab pemegang sovereignty adalah Parsi, Rom, dan seterusnya Empayar Islam sampailah Uthmaniyah.




Jadi salah satu cara nak bantu Palestin adalah memperkasa ilmu hubungan antarabangsa, undang-undang antarabangsa dan diplomasi.


US dan Israel ramai pakar bidang ni, jadi diorang boleh exploit loophole, walaupun mereka berada di pihak yang salah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo