NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Assad menang pilihan raya Syria


BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memenangi pilihan raya sekali gus terus kekal di tampuk pemerintahan negara untuk penggal keempat.

Assad, 55, menerusi slogan kempen ‘Harapan Melalui Kerja’ berjaya menonjolkan diri sebagai satu-satunya calon untuk fasa pembinaan semula negara yang dilanda antara konflik paling berdarah dalam abad ini.

Semalam, Speaker Parlimen Syria mengumumkan Assad berjaya meraih 95 peratus undi walaupun negara Barat mendakwa pilihan raya itu adalah ‘tidak adil mahupun bebas.’


ASSAD ketika membuang undi dalam pilihan raya di Douma, Syria semalam.

Dari segi penampilan di khalayak atau potret, beliau lebih selesa tidak berpakaian tentera malah memilih sut perniagaan yang kemas, elegen dan bertali leher.

Dalam mesyuarat rasmi dan wawancara, malah ketika berada di barisan hadapan, Assad sering dilihat tenang tetapi tegas apabila berbicara.

Tatkala Syria dicengkam kemuncak krisis peperangan, Assad tetap percaya akan menumpaskan pemberontakan yang menurutnya adalah angkara ‘pengganas’ untuk menggulingkan beliau dengan bantuan negara Barat dan Teluk Arab.

Seorang wartawan yang pernah bertemu Assad beberapa kali sebelum dan selepas peperangan tercetus pada 2011, memberitahu AFP bahawa Presiden itu adalah ‘figura yang unik dan kompleks’.

“Setiap kali saya berjumpa dengannya, beliau kelihatan tenang…walaupun ketika tempoh paling sukar dalam peperangan,” katanya yang enggan dikenali.

http://www.pnbbcportal.com/2021/05/28/assad-menang-pilihan-raya-syria/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo