UNTUK MELIHAT HASIL PADI, TURUN KE BECAK SAWAH. ITULAH CARA TS MUHYIDDIN.
Ini kisah sebelum Ramadhan. Siapa sangka seorang Perdana Menteri Malaysia beratur seperti rakyat lain membeli makanan. Ini bukan gimik. Ini cara dia menilai hasil
Inisiatifnya selain data bertulis.
Dan lebih menarik tiada siapa perasan dia adalah seorang PM yang tidak mahu escort untuk dia merasai sendiri dan menilai sendiri keadaan perniagaan penjaja setelah pelbagai inisiatif kerajaan berikan untuk merancakkan ekonomi domestik. TS Muhyiddin mahu bebas bergerak tanpa perhatian dalam kerja begini. Face to face dengan subjek pilihannya.
Dia beratur keseorangan. Seperti rakyat lain. Momen ini menarik kerana pemuda di hadapannya tidak perasan langsung pada mulanya bahawa di belakangnya adalah PM negara. Tambahan dengan pakaian santai dan berlitup muka dengan mask begitu.
Namun akhirnya pemuda tersebut perasan. Itu pun setelah berkali2 melihat atas dan bawah. Dia mula menegur. Terkejut dia bagaikan tidak percaya. Mereka berbual seperti biasa.
Inilah TS Muhyiddin. Untuk melihat hasil padi, perlu turun ke becak sawah. Untuk melihat hasil madu perlu masuk ke sarang lebah. Sudah banyak kali beliau terjah begini. Tanpa perancangan, mengejut dan secara senyap. Barulah dapatan itu organik dan asli.
Dalam hal ini TS Muhyiddin singgah ke setiap gerai dan bertanya bagaimana inisiatif diberi kerajaan membantu peniaga dan perniagaan mereka. Dan ada cadangan atau penyelesaian masalah yang boleh diberikan secara terus untuk kerajaan terus membantu rakyat dan peniaga.
Dapatan inilah akan diterjemahkan bersama data dan laporan bertulis pelbagai agensi untuk dinilai bersama demi penambahbaikan. Ini antara kelainan TS Muhyiddin. Bawah radar, tenang dan teliti.
Sebab itulah segala permasalahan rakyat mudah dan cepat dalam capaiannya. Terjah flat antara yang menyentuh hati rakyat sebelum ini. Tanpa siapa tahu secara tiba2 sampai beliau di depan pintu perkenalkan diri dan bertanya itu ini. Dapat tak bantuan? Bagaimana membantu keluarga dengan bantuan? Ada cadangan lain tak yang perlu kerajaan beri perhatian.
Dia tidak perlukan populariti hingga ke bulan untuk membantu rakyat. Tiada satu sen pun dibazirkan untuk persiapan khemah, bunga manggar, karpet merah atau kerja2 betulkan itu ini sebelum dia sampai. Segalanya dalam keadaan asal dalam waktu itu dan semuanya asli.
Setelah berpuas hati dengan lawatan tersebut maka dia pulang membawa dapatannya untuk dikemaskini dengan laporan sedia ada. Ini cara kerjanya. Mengambil maklum daripada semua pihak waima pihak agensi atau subjek utama penerima bantuan.
Cara kerja inilah disenangi rakyat. Jimatkan wang dan kurang propa. TS Muhyiddin kalau kita kaji karektornya adalah result oriented orangnya. Dia tidak kisah bagaimana mahu lakukan sesuatu untuk rakyat walau perlu lebih usaha janji keputusannya berhasil dan rakyat dapat faedah dan menafaatnya.
Itulah Muhyiddin. Rakyat menilai cara beliau. Cakaplah apa pun. Beliau tetap di hadapan demi rakyat. Beliau sudah buktikan.
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3810758732378448&id=100003330767984
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3810758732378448&id=100003330767984
No comments
Post a Comment