Baru-baru ini tular video rakaman suara Ketua Biskop (Archbishop) KL, Julian Leow yang berucap mengenai agenda 25 tahunnya untuk ‘merebus umat Islam seperti merebus katak’. Ramai termasuk beberapa orang Melayu tampil mempertahankan kononnya video ini palsu.
Namun, satu kenyataan dari sebuah NGO Katolik melalui media mengatakan suntingan tersebut adalah di luar konteks. Ini bermakna, rakaman tersebut adalah tulen dan ucapan tersebut benar-benar telah diungkapkan oleh Archbishop KL itu.
Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya? Puas saya memikirkan kemungkinan konteks dan sisi baik dari ucapan ‘rebus katak’ sedemikian. Kita mahu tahu juga apa ‘perancangan 25 tahun’ yang sebenar dari ucapan yang kononnya mengikut konteks itu.
Satu perkara lagi. Yang merakam audio ucapan beliau ini dikatakan adalah ahli gereja dan pastinya penganut Katolik. Yang hadir ke gereja biasanya bukanlah calang-calang; pastinya penganut yang benar-benar tegar dan komited. Apakah ada ahli gereja beliau sendiri tidak selesa dengan agenda Archbishop mereka sendiri sehingga ada yang merakam dan menyebarkannya?
Dan apakah yang dimaksudkan ‘berniat mengancam keamanan dan keharmonian antara penganut pelbagai agama’ oleh NGO tersebut sebenarnya merujuk kepada kerja ‘orang dalam’? Jika ini kerja ‘orang dalam’, maka ini adalah hasil konflik dalaman kalian yang saling memecahkan tembelang masing-masing.
Sehingga kini, saya belum dengar Archbishop KL tampil dengan kenyataan rasmi dan membuat laporan polis dalam isu ini. Selepas sekian lama ianya tular, hanya NGO Katolik sahaja yang tampil.
Rakyat Malaysia perlu tahu apakah ‘perancangan 25 tahun’ yang sebenar-benarnya itu.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
29 April 2021
Pautan Asal: FB Aminuddin Yahaya
No comments
Post a Comment