NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Minda Presiden PAS: Islam Dan Penentuan Had Umur


Penganut Islam hendaklah berpandukan petunjuk Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran dan dihuraikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis yang banyak. Semua ajaran yang terkandung dalam kedua-dua sumber tersebut menjadi petunjuk sepanjang perjalanan hidup bagi mereka yang beriman. Hanya mereka yang buta al-Quran sahaja, akan terpengaruh dengan anasir luar yang lebih banyak menjadikan makhluk perosak, tetapi ia tidak mungkin dapat mempengaruhi manusia yang berakal sihat dan waras.

Para ulama’ berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan Hadis tersebut telah membahagikan peringkat umur manusia bagi menentukan taklif (menunaikan kewajipan) mereka dari segi tahap kematangan dan kemampuan berperanan bagi diri, keluarga dan masyarakat kepada beberapa peringkat umur. Antaranya yang dinamakan dengan mumaiyiz, baligh dan ‘al-rusyd’.

Rasulullah SAW bersabda:

‌Ł…ُŲ±ُŁˆŲ§ ‌Ų£َŁˆْŁ„َŲ§ŲÆَŁƒُŁ…ْ ‌ŲØِŲ§Ł„ŲµَّŁ„َŲ§Ų©ِ ‌ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ ‌Ų£َŲØْŁ†َŲ§Ų”ُ ‌Ų³َŲØْŲ¹ِ ‌Ų³ِŁ†ِŁŠŁ†َ، ŁˆَŲ§Ų¶ْŲ±ِŲØُŁˆŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡َŲ§، ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ Ų£َŲØْŁ†َŲ§Ų”ُ Ų¹َŲ“ْŲ±ٍ، ŁˆَŁَŲ±ِّŁ‚ُŁˆŲ§ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲ¶َŲ§Ų¬ِŲ¹ِ.

“Suruhlah anak–anak kalian bersolat apabila usia mereka mencecah tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan solat untuk mendidik bukan mencederakan) supaya menunaikan kewajipan (fardhu ‘ain) apabila berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur antara mereka (anak lelaki dan perempuan).” (Riwayat Ahmad 6689 dan Abu Dawud 495)

Para ulama’ menamakan peringkat ini dengan mumaiyiz, usia permulaan untuk seseorang itu mengerti antara perkara yang baik dan buruk dengan panduan mendidik.

Kemudian peringkat seterusnya dikenali dengan umur baligh, sama ada dengan cara bermimpi kerana sudah bernafsu atau disebabkan kedatangan darah haid bagi anak perempuan atau sudah mencukupi umur 15 tahun.

Seterusnya pula dikenali dengan umur ‘al-Rusyd’, apabila seseorang itu berkemampuan untuk mentadbir serta menguruskan harta dan diri sendiri. Perkara ini berpandukan kepada ayat Allah SWT secara umum tanpa menyebutkan secara spesifik umurnya, antara firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ§ŲØْŲŖَŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŁŠَŲŖَŲ§Ł…َŁ‰ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų„ِŲ°َŲ§ ŲØَŁ„َŲŗُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł†ِّŁƒَŲ§Ų­َ ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų¢Ł†َŲ³ْŲŖُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ Ų±ُŲ“ْŲÆًŲ§ ŁَŲ§ŲÆْŁَŲ¹ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ£ْŁƒُŁ„ُŁˆŁ‡َŲ§ Ų„ِŲ³ْŲ±َŲ§ŁًŲ§ ŁˆَŲØِŲÆَŲ§Ų±ًŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŁƒْŲØَŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ ŲŗَŁ†ِŁŠًّŲ§ ŁَŁ„ْŁŠَŲ³ْŲŖَŲ¹ْŁِŁْ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ ŁَŁ‚ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁَŁ„ْŁŠَŲ£ْŁƒُŁ„ْ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲ¹ْŲ±ُŁˆŁِ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŲÆَŁَŲ¹ْŲŖُŁ…ْ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁَŲ£َŲ“ْŁ‡ِŲÆُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁƒَŁَŁ‰ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų­َŲ³ِŁŠŲØًŲ§Ł¦﴾

“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa) untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapat kalian mereka telah matang (mampu memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya; dan janganlah kalian makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya, maka hendaklah dia menahan diri (daripada memakannya). Dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian, apabila kalian menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kalian adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan persaksian itu).” (Surah al-Nisa’: 6)

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ‚ْŲ±َŲØُŁˆŲ§ Ł…َŲ§Ł„َ Ų§Ł„ْŁŠَŲŖِŁŠŁ…ِ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŲ§Ł„َّŲŖِŁŠ Ł‡ِŁŠَ Ų£َŲ­ْŲ³َŁ†ُ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠَŲØْŁ„ُŲŗَ Ų£َŲ“ُŲÆَّŁ‡ُ ŁˆَŲ£َŁˆْŁُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŁƒَŁŠْŁ„َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ِŁŠŲ²َŲ§Ł†َ ŲØِŲ§Ł„ْŁ‚ِŲ³ْŲ·ِ Ł„َŲ§ Ł†ُŁƒَŁ„ِّŁُ Ł†َŁْŲ³ًŲ§ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŁˆُŲ³ْŲ¹َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł‚ُŁ„ْŲŖُŁ…ْ ŁَŲ§Ų¹ْŲÆِŁ„ُŁˆŲ§ ŁˆَŁ„َŁˆْ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų°َŲ§ Ł‚ُŲ±ْŲØَŁ‰ ŁˆَŲØِŲ¹َŁ‡ْŲÆِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŁˆْŁُŁˆŲ§ Ų°َŁ„ِŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲµَّŲ§ŁƒُŁ…ْ ŲØِŁ‡ِ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖَŲ°َŁƒَّŲ±ُŁˆŁ†َŁ”Ł„Ł¢﴾

“Dan janganlah kalian menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang lebih bermanfaat (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebankan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kalian mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan), maka hendaklah kalian berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kalian); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kalian sempurnakan. Dengan yang demikian itulah, Allah memerintahkan kalian, supaya kamu beringat (mematuhi-Nya).” (Surah al-An‘am: 152)

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ£َŁ…َّŲ§ Ų§Ł„ْŲ¬ِŲÆَŲ§Ų±ُ ŁَŁƒَŲ§Ł†َ Ł„ِŲŗُŁ„َŲ§Ł…َŁŠْŁ†ِ ŁŠَŲŖِŁŠŁ…َŁŠْŁ†ِ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲÆِŁŠŁ†َŲ©ِ ŁˆَŁƒَŲ§Ł†َ ŲŖَŲ­ْŲŖَŁ‡ُ ŁƒَŁ†ْŲ²ٌ Ł„َŁ‡ُŁ…َŲ§ ŁˆَŁƒَŲ§Ł†َ Ų£َŲØُŁˆŁ‡ُŁ…َŲ§ ŲµَŲ§Ł„ِŲ­ًŲ§ ŁَŲ£َŲ±َŲ§ŲÆَ Ų±َŲØُّŁƒَ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲØْŁ„ُŲŗَŲ§ Ų£َŲ“ُŲÆَّŁ‡ُŁ…َŲ§ ŁˆَŁŠَŲ³ْŲŖَŲ®ْŲ±ِŲ¬َŲ§ ŁƒَŁ†ْŲ²َŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų±َŲ­ْŁ…َŲ©ً Ł…ِŁ†ْ Ų±َŲØِّŁƒَ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁَŲ¹َŁ„ْŲŖُŁ‡ُ Ų¹َŁ†ْ Ų£َŁ…ْŲ±ِŁŠ Ų°َŁ„ِŁƒَ ŲŖَŲ£ْŁˆِŁŠŁ„ُ Ł…َŲ§ Ł„َŁ…ْ ŲŖَŲ³ْŲ·ِŲ¹ْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŲµَŲØْŲ±ًŲ§ŁØŁ¢﴾

“Adapun dinding rumah itu pula, adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu; dan di bawahnya terdapat harta benda simpanan bagi mereka berdua; sedangkan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka, Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada usia kematangan dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.” (Surah al-Kahfi: 82)

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ„َŁ…َّŲ§ ŲØَŁ„َŲŗَ Ų£َŲ“ُŲÆَّŁ‡ُ ŁˆَŲ§Ų³ْŲŖَŁˆَŁ‰ Ų¢ŲŖَŁŠْŁ†َŲ§Ł‡ُ Ų­ُŁƒْŁ…ًŲ§ ŁˆَŲ¹ِŁ„ْŁ…ًŲ§ ŁˆَŁƒَŲ°َŁ„ِŁƒَ Ł†َŲ¬ْŲ²ِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ­ْŲ³ِŁ†ِŁŠŁ†َŁ”Ł¤﴾

“Dan setelah (Musa AS) cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan. Dan demikian Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Qasas: 14)

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁˆَŲµَّŁŠْŁ†َŲ§ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†ْŲ³َŲ§Ł†َ ŲØِŁˆَŲ§Ł„ِŲÆَŁŠْŁ‡ِ Ų„ِŲ­ْŲ³َŲ§Ł†ًŲ§ Ų­َŁ…َŁ„َŲŖْŁ‡ُ Ų£ُŁ…ُّŁ‡ُ ŁƒُŲ±ْŁ‡ًŲ§ ŁˆَŁˆَŲ¶َŲ¹َŲŖْŁ‡ُ ŁƒُŲ±ْŁ‡ًŲ§ ŁˆَŲ­َŁ…ْŁ„ُŁ‡ُ ŁˆَŁِŲµَŲ§Ł„ُŁ‡ُ Ų«َŁ„َŲ§Ų«ُŁˆŁ†َ Ų“َŁ‡ْŲ±ًŲ§ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų„ِŲ°َŲ§ ŲØَŁ„َŲŗَ Ų£َŲ“ُŲÆَّŁ‡ُ ŁˆَŲØَŁ„َŲŗَ Ų£َŲ±ْŲØَŲ¹ِŁŠŁ†َ Ų³َŁ†َŲ©ً Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲØِّ Ų£َŁˆْŲ²ِŲ¹ْŁ†ِŁŠ Ų£َŁ†ْ Ų£َŲ“ْŁƒُŲ±َ Ł†ِŲ¹ْŁ…َŲŖَŁƒَ Ų§Ł„َّŲŖِŁŠ Ų£َŁ†ْŲ¹َŁ…ْŲŖَ Ų¹َŁ„َŁŠَّ ŁˆَŲ¹َŁ„َŁ‰ ŁˆَŲ§Ł„ِŲÆَŁŠَّ ŁˆَŲ£َŁ†ْ Ų£َŲ¹ْŁ…َŁ„َ ŲµَŲ§Ł„ِŲ­ًŲ§ ŲŖَŲ±ْŲ¶َŲ§Ł‡ُ ŁˆَŲ£َŲµْŁ„ِŲ­ْ Ł„ِŁŠ ŁِŁŠ Ų°ُŲ±ِّŁŠَّŲŖِŁŠ Ų„ِŁ†ِّŁŠ ŲŖُŲØْŲŖُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁƒَ ŁˆَŲ„ِŁ†ِّŁŠ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َŁ”Ł„﴾

“Dan Kami memerintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. Setelah apabila dia telah dewasa dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni‘matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk daripada kalangan orang yang berserah diri (yang tunduk patuh kepadamu).” (Surah al-Ahqaf: 15)

Bagi menentukan umur ‘al-Rusyd’ (kematangan menilai dan mengurus) terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama’ kerana bukan sahaja penentuan umur 18 tahun, 21 tahun, 40 tahun dan lain-lain. Hal yang tersebut kerana, ia juga berkaitan dengan syarat-syarat tambahan lain yang menyentuh aspek pendidikan, keadaan masyarakat sekeliling dan anasir-anasir luar yang sangat mempengaruhi pemikiran seseorang.

Sabda Rasulullah SAW:

‌Ł…َŲ«َŁ„ُ ‌Ų§Ł„ْŲ¬َŁ„ِŁŠŲ³ِ ‌Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­ِ ‌ŁˆَŁ…َŲ«َŁ„ُ ‌Ų¬َŁ„ِŁŠŲ³ِ ‌Ų§Ł„Ų³ُّŁˆŲ”ِ ‌ŁƒَŲ­َŲ§Ł…ِŁ„ِ ‌Ų§Ł„ْŁ…ِŲ³ْŁƒِ ‌ŁˆَŁ†َŲ§ŁِŲ®ِ ‌Ų§Ł„ْŁƒِŁŠŲ±ِ، ŁَŲ­َŲ§Ł…ِŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ…ِŲ³ْŁƒِ Ų„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲØْŲŖَŲ§Ų¹َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ، ŁˆَŲ„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ Ų±ِŁŠŲ­ًŲ§ Ų·َŁŠِّŲØَŲ©ً، ŁˆَŁ†َŲ§ŁِŲ®ُ Ų§Ł„ْŁƒِŁŠŲ±ِ Ų„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠُŲ­ْŲ±ِŁ‚َ Ų«ِŁŠَŲ§ŲØَŁƒَ، ŁˆَŲ„ِŁ…َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ Ų±ِŁŠŲ­ًŲ§ Ų®َŲØِŁŠŲ«َŲ©ً.

“Bandingan seorang yang duduk bergaul dengan seorang yang baik dan seorang yang jahat, laksana berada bersama penjual kasturi (yang baunya harum) dan peniup tukang besi. Maka, pembawa kasturi memberikan bau minyaknya yang harum atau engkau dapat membelinya atau setidak-tidaknya engkau dapat memperolehi mencium bau yang harum daripadanya. Adapun peniup tukang besi, sama ada boleh membakar pakaianmu atau kamu mendapat bau yang busuk daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari 2101 dan Muslim 2628)

Begitulah pergaulan dan keadaan sekeliling yang boleh mempengaruhi akhlak seseorang. Tambahan pula, pada zaman kini dengan sistem pendidikan yang masih terlalu banyak kelemahan, hilangnya kehebatan undang-undang dan penguatkuasaan, tersebarnya pengaruh media tanpa sempadan akhlak dan agama dan berlakunya gejala dadah dan dedah yang melampau.

Maka, Islam mensyaratkan soal keahlian dalam melaksanakan tugas tertentu yang mewajibkan iman, Islam dan akhlak. Inilah garis panduan dalam mencipta kepimpinan berintegriti dan orang yang akan memilih pemimpin itu juga berintegriti.

Maka, syarat yang menetapkan kayu ukur umur sahaja tanpa meletakkan syarat-syarat keahlian yang lain terlalu banyak kekurangannya. Sebagaimana yang telah menjadi amalan dalam demokrasi Barat. Ternyata sudah terdapat negara yang dikuasai dengan cara yang tidak bermoral dengan memilih orang yang tidak bermoral. Pada masa yang sama, melakukan pelbagai salah laku, rasuah, kongsi gelap, mafia, kartel dadah, samseng dan sebagainya.

Maka, berlakulah bencana akhir zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh sabda Rasulullah SAW:

Ų„ِŲ°َŲ§ ‌ŁˆُŲ³ِّŲÆَ ‌Ų§Ł„Ų£َŁ…ْŲ±ُ ‌Ų„ِŁ„َŁ‰ ‌ŲŗَŁŠْŲ±ِ ‌Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁ‡ِ ‌ŁَŲ§Ł†ْŲŖَŲøِŲ±ِ ‌Ų§Ł„Ų³َّŲ§Ų¹َŲ©َ.

“Apabila orang yang tidak layak dilantik mengendalikan urusan (yang besar), maka tunggulah masa berlakunya kemusnahan.” (Riwayat al-Bukhari 59)

Kini, sudah terdapat contoh yang berlaku di negara Barat paling maju yang mengamalkan demokrasi telah melantik orang yang paling tidak berintegriti menjadi pemimpin setelah dipilih melalui pilihan raya.

Kemenangan diperolehi kerana berlakunya rasuah dan menipu, bahkan ada yang bersifat separuh gila, mengaku mempunyai salah laku secara nyata, dan juga ternyata menipu rakyat dan senarai tanda-tanda lain yang menunjukkan sifat tidak berintegriti. Sehingga tiada perbezaan antara lulusan universiti dengan mereka yang masih berada di pusat serenti atau pemulihan yang belum lagi berjaya dipulihkan akal dan akhlaknya.

Bahkan, sudah wujud gejala keruntuhan institusi keluarga sehingga terpaksa mengadakan rumah orang tua, walaupun keluarganya yang terdekat masih ada. Malahan sudah ada orang yang terpaksa menulis wasiat harta kepada anjing, kerana anaknya sendiri sudah hilang entah ke mana.

Apakah yang akan berlaku kepada urusan negara dan umat, sekiranya para pemimpin dan pemilihan pemimpin itu tidak diletakkan syarat seorang yang menjaga kewibawaan diri dengan beriman dan berakhlak mulia?

Hanya mereka daripada kalangan yang mahu berkuasa dengan matlamat menghalalkan segala cara sahaja, akan mendukung prinsip siapa sahaja boleh menjadi calon dan mengundi untuk memenangkannya dalam pilihan raya tanpa mempedulikan akibat daripada langkah yang salah.

Ambillah contoh yang baik, walaupun daripada sesiapa dan dari mana datangnya. Jangan menerima apa sahaja perkara, sekalipun ia perkara luar biasa dan di luar tabii manusia yang bijak dan waras. Sehingga pencetusnya dinamakan dengan ahli falsafah.

Justeru itu, pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur sebagai satu cara yang bijaksana, matang dan sejahtera. Maka terlaksanalah slogan kepimpinan melalui teladan yang sudah dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa.

Firman Allah SWT:

﴿Ł‚ُŁ„ْ Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ų£َŲ¹ِŲøُŁƒُŁ…ْ ŲØِŁˆَŲ§Ų­ِŲÆَŲ©ٍ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŁ‚ُŁˆŁ…ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ł…َŲ«ْŁ†َŁ‰ ŁˆَŁُŲ±َŲ§ŲÆَŁ‰ Ų«ُŁ…َّ ŲŖَŲŖَŁَŁƒَّŲ±ُŁˆŲ§ Ł…َŲ§ ŲØِŲµَŲ§Ų­ِŲØِŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ Ų¬ِŁ†َّŲ©ٍ Ų„ِŁ†ْ Ł‡ُŁˆَ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł†َŲ°ِŁŠŲ±ٌ Ł„َŁƒُŁ…ْ ŲØَŁŠْŁ†َ ŁŠَŲÆَŁŠْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٍ Ų“َŲÆِŁŠŲÆٍŁ¤Ł¦﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad SAW): ‘Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepada kalian satu perkara sahaja, iaitu hendaklah kalian bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kalian berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku).’ Sebenarnya tiada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kalian sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kalian, sebelum kalian ditimpa dengan azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 23 Sya‘ban 1442 / 6 April 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo