Saya yakin penafian Zahid kali ini juga tidak akan mampu meyakinkan ahli umno terutamanya mereka yang amat pantang dan tidak akan sesekali boleh menerima kerjasama dengan DAP dan PKR atau Anwar.Perbualan itu jelas menunjukkan bahawa usaha berterusan Zahid untuk membawa “Jajaran Baru” dalam politik umno merupakan satu kebenaran yang tidak mampu dinafikan lagi.
Ada sesetengah pihak mempersoalkan audio itu sah atau tidak dari segi undang2.Dalam zaman sekarang ini bukan soal undang2.Soalnya ialah adakah betul berlaku perundingan dan perbincangan antara Zahid dan Anwar.Dan adakah audio tersebut benar suara Zahid dan Anwar.Itu yang harus dilihat oleh ahli umno dan rakyat.
Saban hari rakyat makin mual dan loya melihat politik hari ini.Berdegar presiden umno dalam PAU sebelum ini menolak kerjasama dengan DAP dan PKR dan No PPBM tetapi rupanya wujud satu perancangan dan kerjasama yang sedang dirunding dan dirancang dengan rapi.Buktinya ialah roadshow yang dijalankan orang kanan Zahid seperti Jazlan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ke semua bahagian2 dalam Kelantan merupakan naratif yang sama iaitu cuba meneutralkan penentangan ahli umno di cawangan dan kampung2 untuk menerima kerjasama dengan DAP dan PKR jika sampai masanya.
Kedudukan Zahid dalam BN juga terbukti goyah apabila mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang sepatutnya bermesyuarat 3 malam lepas tidak dihadiri oleh rakan2 atau wakil2 dari komponen BN yg lain sehingga mesyuarat tersebut perlu dibatalkan.Ini menjelaskan Zahid berdepan penyusutan sokongan dari rakan2 yang mengetahui cubaan dan perancangan beliau untuk merealisasikan jajaran baru untuk kepentingan pihak2 tertentu dalam umno khususnya mereka yang sedang berdepan kes2 di mahkamah dan mereka yang kecewa kerana tidak dapat berada dalam GLC atau apa jua lantikan politik lain.
Rakan dalam Muafakat Nasional seperti PAS juga semakin menunjukkan ketegasan mereka untuk tidak lagi melayan dengan sikap setiakawan seperti sebelum ini kerana ternyata dan jelas bahawa Zahid cuba membawa umno jauh dari penyatuan ummah yang pernah diwujudkan bersama sebelum ini.Objektif MN makin samar dan masa depan MN makin kabur.
Jika ini yang Zahid mahukan maka saya menganggarkan umno akan pecah sekali lagi dan tidak mustahil gerakan Zahid ini bakal menguburkan umno tanpa nisan satu hari nanti.Penafian Zahid tidak sesekali mampu menafikan kebenaran yang beliau cuba sorokkan dan rahsiakan dari ahli2 umno.Satu hari nanti ahli2 umno akan tahu kebenarannya bahawa Zahid sedang mengorbankan dan memperjudikan masa depan umno hanya untuk golongan2 tertentu dalam umno dan peribadi dirinya sendiri.
No comments
Post a Comment